Tuesday, April 20, 2010

YEHHH....... DAPAT BALIK

Asrama SMVAS sedang dilanda wabak sakit mata. Setiap pagi akan kelihatan penghuni asrama dengan mata kemerahan@sepet berpusu-pusu di bilik GPK HEM untuk mendapatkan kebenaran untuk ke Klinik Kesihatan Ampangan. Hairan juga ye. Yang sakit mata ni kebanyakannya pelajar Tkn 4, mana perginya pelajar Tkn 5. Agaknya mata mereka ni kuat, dan mata pelajar Tkn 4 ni lembik-lembik. Walau bagaimanapun, harapan saya agar wabak ni akan segera tamat supaya para pelajar tidak tertanggu dalam pelajaran masing-masing.

Berbalik kepada isu tadi, jika dibuat penaakulan secara mantik,dapat disimpulkan bahawa pelajar-pelajar Tkn 4 ini ada yang mengambil kesempatan untuk dapat balik ke kampung semasa ada kesempatan sebegini. Memang ada yang betul-betul sakit, tetapi ada juga yang menipu sahaja dengan meletakkan pelbagi barangan di mata, asalkan dapat cuti. Maklumat ini pun saya dapat dari pelajar juga.

Ingatlah pelajar Tkn 4, jangan merayu-rayu pula tahun hadapan jika tidak mendapat tempat di asrama bagi sesi 2011. Saya memang tidak suka dengan pelajar yang asyik nak balik kampung sahaja semasa tinggal di asrama, tetapi bilatak dapat tempat di asrama, akan terhegeh-hegeh membuat rayuan pula. Bilangan pelajar Tkn 4(lelaki) di asrama sekarang ialah hampir 160 orang,manakala kapasiti Blok Tkn 5 hanya 132 sahaja. Fikir-fikirkanlah. Yang nakal, yang suka ponteng dan yang asyik balik kampung tanpa henti(tiap-tiap minggu), siap. Anda akan mendapat pembalasannya kelak. Jangan dah terhantuk, baru nak tengadah.

No comments: