Wednesday, June 30, 2010

SAMBUTAN HARI KOPERASI & HARI KERJAYA SMVAS 2010


Hari ini telah berlangsung sambutan di atas dengan meriah sekali. Majlis berlangsung di sekitar Dewan Bestari Budiman dan kawasan sekitarnya. Antaranya aktiviti semasa Hari Koperasi dan Kerjaya tahun ini ialah pameran dan peluang melanjutkan pelajaran bagi lepasan SPM oleh IPT/IPTS, cabutan bertuah, Explorace, Pertandingan Petanque serta jualan makanan dan minuman oleh pelajar. Rasanya ramai pelajar asrama yang terlibat dalam majlis ini. Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakannya. Semoga program seumpama ini akan berjaya mendidik dan melahirkan insan yang diperlukan oleh negara.

SESI BERGAMBAR WARDEN ASRAMA 2010-SESI KEDUA




Satu sesi bergambar untuk Unit Pengurusan Asrama SMVAS telah diadakan hari ini bertempat di Perkarangan Pejabat SMVAS. Segak bergaya dengan baju korporat sekolah semuanya. Gambar ini terpaksa diambil semula memandangkan bilangan warden sekarang tidak sama dengan bilangan semasa sesi bergambar dahulu. Diharap lepas ni, tak perlu ambil gambar yang baru lagi.

HAPPY FATHER'S DAY







Kumpulan Pengawas Asrama Tkn 5 telah mengadakan satu kejutan untuk warden-warden lelaki yang bergelar bapa di Pejabat Asrama SMVAS baru-baru ini. Kami semua pun tak tahu perancangan mereka ini. Cuma dijemput untuk hadir ke Pejabat Asrama jam 9 malam. Satu majlis ringkas dan jamuan ringan diadakan bagi meraikan hari istimewa ini. Terima kasih atas majlis yang penuh bermakna ini. Kepada warden lelaki yang belum bergelar bapa lagi, copeklah sikit. Kok tak sompek nak jadi APAK pulak nanti.

Monday, June 28, 2010

PIALA TUNKU NAQIUYUDDIN DAN NS ROYAL 7's 2010







Pasukan Ragbi SMVAS Hurricanes sekali lagi berjaya mengharumkan nama SMVAS setelah berjaya muncul Johan Kategori Plate bagi kejohanan edisi ke-13 ini yang telah berlangsung di Padang SMK KGV pada 26 Jun 2010 yang lalu. Kira berbaloi le juga dengan latihan ala kadar dan tidak ramai pelajar Tingkatan 5 yang terlibat dalam kejohanan ini. Kejayaan ini membolehkan mereka mengisi 5 slot yang dikhaskan untuk sekolah-sekolah Negeri Sembilan ke Kejohanan POWER-NS Royal 7's 2010 yang bakal berlangsung di padang MPS pada 3-4 Julai ini nanti. Kejohanan yang berstatus antarabangsa dengan penyertaan pasukan dari luar negara ini bakal menguji kekuatan mental dan fizikal pasukan ini dalam mengharungi perlawanan yang lebih kompetitif. Bagi menguatkan pasukan yang bakal bertanding dalam Kategori Sekolah bawah umur 19 tahun ini, pasukan Hurricanes bakal diperkuatkan lagi dengan memanggil beberapa bekas pelajar kita dari tahun 2008 dan 2009 bagi memastikan kita boleh memberikan saingan bermakna dalam kejohanan ini. Yang bestnya, Pengetua umumkan dapek makan ikan bakar sekali lagi bersama-sama dengan pasukan Rekacipta SMVAS yang turut berjaya di KAT Kebangsaan baru-baru ini.Rezeki jangan ditolak.Terima kasih Pengetua.

MENANG RM 500.00, TAPI RAMAI TAK PERCAYA




27 Jun 2010- seramai 4 orang penghuni asrama telah dihantar menyertai Pertandingan Walk A Hunt(ala-ala Explorace)sempena Karnival Satu Daerah Satu Industri(SDSI) yang telah diadakan di Kompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan. Asalnya saja je masuk...suka-suka je, itu pun sebab tengok hadiahnya boleh tahan juga hebatnya. Pelajar 4 orang ni pun mulanya macam malas aje nampaknya, tapi sebab Ketua Warden suruh , dibuatnya juga.Jam 1.30 petang, cikgu....jemput kita orang. Kita dah selesai ni. Senyum kambing semacam je bila nak masuk dalam kereta saya.Soalan susah cikgu...macam mana nak jawab. Ok lah tu kata saya. Ditunjuknya sampul PEMENANG TEMPAT PERTAMA - wang tunai RM 500 dan baucar menginap di Tiara Beach Resort, Port Dickson selama 2 H 1 M. Tahniah kepada pelajar ini-Zaidy Hairy Putra(A5), Muhammad Najieb Aidid(A7), Muhammad Fadzrin Bakaruddin(A1) dan Muhammad Syazwi Nik Nazli(A7). Nampaknya lepas ni tak payah le Syazwi menangis lagi. Duit hasil kemenangan ini yang pada asalnya mahu disumbangkan kepada Tabung Kelab Ragbi SMVAS, akhirnya diagih-agihkan kepada 4 pelajar ni sahaja(rasanya). Cikgu tak dapat apa ke?Dapat lah juga rasa nak tidur kat Studio Suite Tiara Beach Resort. Terima kasih anak-anakku.

PERTANDINGAN TARIK TALI DAN GUSTI LENGAN ASRAMA SMVAS 2010


Satu pertandingan tarik tali dan arm wrestling telah diadakan di asrama pada 27 Jun 2010 yang lalu. Terima kasih kepada En Abdul Razak Paiman yang telah menyelaraskan pertandingan ini, dan tidak lupa kepada semua Pengawas Asrama yang terlibat. Pertandingan ini adalah dorm-based dan pemarkahannya akan dimasukkan dalam Pungutan Markah Terkumpul Dorm Terbilang bagi tahun 2010. Ini semua bagi memastikan semua dorm mengambil berat penyertaan mereka dalam setiap program asrama yang dilaksanakan. Tidaklah sekadar mengikutinya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.Semua pelajar berkumpul di Padang sekolah mulai jam 9.00 pagi dan sama-sama menyaksikan aksi yang mendebarkan, dan tidak kurang juga melucukan kerana keadaan padang yang agak licin kerana hujan. Pemenang Pertandingan Tarik Tali bagi Aspura ialah Dorm A8(Harmoni), Naib Johan Bilik B3/B4(Murni) dan tempat ketiga Bilik B8(Tekun) dan pemenang bagi pertandingan arm wrestling ialah Saudara Muhammad Shahrizan Bin Mohd Ishak(Dorm A8/5 PPU, tempat kedua, peserta dari Dorm A5 dan ketiga dari Dorm A2. Bagi pertandingan Tarik Tali Aspuri, pemenangnya ialah Dorm C5(Umairah), kedua Dorm C4(Puteri Balqis) dan tempat ketiga Dorm D4(Maisarah).

PERTANDINGAN BOWLING PERINGKAT ASRAMA 2010







26 Jun 2010 bertempat di Seremban Parade telah berlangsung satu pertandingan bowling yang diselia oleh Pn Norazlina. Seramai 24 peserta(6 kumpulan - 2 perempuan dan 4 lelaki) telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Dengar khabarnya telah berlangsung dengan begitu meriah sekali. Para peserta telah bermain 2 game sepanjang kejohanan yang diadakan secara berkumpulan ini(setiap kumpulan dianggotai oleh 4 orang peserta).Pemenang bagi kategori berkumpulan ialah kumpulan yang diketuai oleh Saudara Muhammad Nur Al-Hakim(B8)dengan 784 jatuhan pin, manakala tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Saudara Mohd Suhairi Abdullah(A2)dengan 744 jatuhan pin. Bagi kategori individu perempuan pula, pemenangnya ialah Saudari Nur Jannah dengan 178 jatuhan pin, Nurul Najihah dengan 176 dan tempat ketiga Nurul Azmeera dengan 171 jatuhan.Bagi kategori individu lelaki pula, pemenangnya ialah Saudara Mohd Fikre Shah(A8) dengan 226 jatuhan pin, Ahmad Khusyairie dengan 226 dan tempat ketiga Muhammad Nur Al Hakim dengan 206 jatuhan pin. Diharap kejohanan seumpama ini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan berjaya mencungkil bakat terpendam penghuni asrama dalam permainan bowling.Tahniah kepada yang berjaya, dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kejohanan ini.

Friday, June 25, 2010

AKSI BEKAS PELAJAR SMVAS DALAM SUKMA 13 - MELAKA 2010





Sepanjang cuti yang baru ini, kesempatan berada di Melaka saya gunakan untuk sama-sama menyaksikan kemeriahan SUKMA di bumi Melaka. Fokus utama tentulah sukan ragbi. Ada juga acara-acara lain yang sempat saya saksikan juga, seperti bowling dan bola jaring. Cuma yang menariknya, sudah ada bekas pelajar kita yang berjaya mewakili pasukan negeri untuk acara Ragbi di SUKMA 13 ini. Muhammad Firdaus Abd Ghani(2004), Muhammad Hermee(2004) dan Muhammad Najib(2007).Rasa bangga juga kerana pelajar-pelajar ini semuanya hanya mengenali ragbi di SMVAS dahulu. Tahniah diucapkan. 2 bekas pelajar kita mewakili Selangor dan seorang lagi mewakili pasukan N9. Mungkin ada lagi bekas pelajar kita yang mewakili negeri masing-masing dalam acara yang lain pula.Doa saya, semoga anda semua terus cemerlang pada masa hadapan. HIDUP SMVAS!!!!!

Thursday, June 24, 2010

RENUNGAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM

Dalam kesibukan kita mencari rezeki atau mencari ilmu di dunia ini, sesekali tolehlah ke belakang dan kenangkanlah apa yang berlaku kepada umat Islam di seluruh dunia yang tidak henti-henti ditindas oleh musuh Islam.Walaupun kita tidak mampu membantu dari segi yang lain, memadailah jika sekiranya kita dapat membantu mendoakan kesejahteraan rakan seagama kita yang sentiasa dibelenggu kesengsaraan. Rasa tersentuh betul hati ini mendengar rintihan Tuan Imam ini. Kalaulah kita pun boleh berdoa seperti ini untuk diri kita, ibu bapa kita dan semua guru-guru kita serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia. Hayatilah.....

KATAKAN TIDAK KEPADA MAKSIAT

Kebanjiran hasil seni dan filem dari Indonesia memang agak hebat di negara kita sejak kebelakangan ini. Sememangnya ianya agak kurang menyenangkan dan membawa kesan yang tidak baik kepada negara kita. Namun, kualiti muzik mereka memang tidak dapat dinafikan.Sebagai contohnya, saya amat mengagumi kumpulan Wali Band. Lagu-lagu mereka begitu menusuk kalbu dan yang lebih menarik lagi, ianya turut membawa mesej yang baik. Contohnya lagu ini - Tomak(Tobat Maksiat) dan banyak lagi. Harap dapat hayati lirik lagu ini dan sama-sama kita ambil pengajaran darinya.Insyaallah

Wednesday, June 23, 2010

DEMAM PIALA DUNIA 2010 MELANDA




Sempena Piala Dunia Afrika Selatan 2010 ni, semua cerita pasal bola sampai naik lemas pula asyik-syik tengok bola je. TV pun cerita bola aje. Siang bola,petang bola, malam pun bola. Budak-budak kat asrama ni pun sama. Petang...padang penuh dengan pelajar lelaki main bola. Main bola tak juga hebat nampaknya. Tapi kalau cerita pasal bola semua handal. Jadi bagi meringankan sedikit tekanan pelajar-pelajar asrama ni, kasi lah dia orang tengok game Piala Dunia untuk game pukul 10.00 sahaja.Kira ok lah tu. Jangan lebih-lebih pulak. Kalau ada yang lebih-lebih, kemudahan ini akan ditarik balik. Jangan pula ada yang tak tidur langsung, berjaga sampai subuh tengok bola. Esok, time sekolah semua tidur. Jadi, pandai-pandailah kawal diri. Harap-harap semuanya happy...dan jangan ada yang fly pulak. Bila ditangkap kat Benteng dan ditanya...cakap nak beli selipar(padahal jam dah 2.30 pagi).

HARI KELUARGA WARDEN ASRAMA SMVAS 2010







Pada 17 Jun 2010 yang lalu, akhirnya impian untuk mengadakan Hari Keluarga Warden SMVAS menjadi kenyataan juga. Bertempat di Melaka Wonderland Theme Park, Ayer Keroh, kami bersama-sama berkumpul sambil mandi manda di sana. Walau bagaimanpun, 3 warden iaitu En Norhisham, En Abdul Razak dan En Adnan tidak dapat hadir bersama kerana ada urusan keluarga masing-masing. Seawal jam 10.00 pagi kami telah pun berada di sana sambil melayan kerenah anak-anak bermain air dan sebagainya. Rasanya cukup meriah cuma agaknya pada masa hadapan, jika dapat diuruskan program supaya lebih teratur, dengan adanya atur cara, rasanya lebih baik. Ini baru fasa pertama. Selepas ini akan dibuat jamuan BBQ pula sebagai tanda menghargai sumbangan tuan- tuan dalam memartabatkan lagi asrama kita. Terima kasih kepada semua yang hadir, tidak lupa kepada Tn Hj Yacob yang sama-sama hadir dan tidak lupa kepada Tuan Pengetua yang menjadikan impian ini suatu kenyataan.Maaf lah sebab gambar yang ada pun hanya gambar saya sekeluarga aje. Nanti bila dapat yang lain, saya masukkan juga.

Tuesday, June 8, 2010

PERTANDINGAN DORM 5 BINTANG MEI 2010

Pada 1 Jun yang lalu, telah dilangsungkan penghakiman pertandingan dorm 5 Bintang bagi sesi Mei 2010. Seramai 8 orang hakim dari kalangan guru bukan warden telah dilantik menjalankan tugas ini. Pihak pengurusan asrama mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama guru-guru ini.

Keputusannya adalah seperti berikut :
ASPURA - Johan - A8, Naib Johan - B6, Tempat Ke-3 - A3

ASPURI - Johan - D4, Naib Johan - D5, Tempat Ke-3 - D3

Tahniah kepada dorm yang menang. Majlis penyampaian hamper bagi pemenang telah diadakan pada 2 Jun yang lalu semasa roll-call malam .Teruskan kecemerlangan demi asrama kita.

Monday, June 7, 2010

KAT RAGBI PERINGKAT KEBANGSAAN 2010


Pasukan Ragbi SMV Ampangan Hurricanes telah mewakili Zon Melaka/Negeri Sembilan dalam kejohanan peringkat kebangsaan yang telah diadakan di SMV Muar, pada 3-6 Jun yang lalu. Keputusannya, walaupun agak kurang memberansangkan, pasukan kita mendapat Naib Johan sahaja buat kali ini. Kita tewas kepada SMV Wakaf Tembusu dengan 1 try sahaja,5-0, yang berjaya mereka peroleh pada minit-mint akhir permainan. Sememangnya semua pegawai dan para pemain agak kecewa, namun jika difirkan kepada persiapan yang dilakukan, keputusan ini agak memadai bagi kita. Pasukan yang telah dirundung pelbagai malang ini berjaya juga akhirnya untuk membuktikan yang SMV Ampangan Hurricanes masih wujud di dunia ini. Terima kasih kepada semua pemain, pegawai dan tidak lupa juga kepada pihak pengurursan sekolah dan PIBG yang sentiasa memberi sokongan moral yang baik kepada kami semua. Moga 2011 akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang buat HURRICANES......