Sunday, September 26, 2010

Demi Masa!!

Betapa berharganya masa sehingga Allah S.W.T. bersumpah dalam kitab suci Al-Quran, "Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-'Asr:1-3)".

Masa tidak pernah menunggu kita walaupun sesaat dan kita tidak akan dapat kembali walaupun sesaat. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan setiap saat yang ada dengan betul dan sewajarnya supaya kita tidak tergolong dalam golongan manusia yang rugi. Masa haruslah diisi dengan amalan-amalan yang bermanfaat dan tidak melalaikan kerana setiap perbuatan samaada baik ataupun buruk akan dibalas pada hari akhirat nanti.

Bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan pula, hargailah masa yang ada dengan sebaik mungkin supaya usaha yang dilakukan pada hari ini membuahkan hasil yang lumayan pada masa depan. Sambil khusyuk mengulangkaji pelajaran, jangan lupa bertawakal kepada Allah S.W.T. dengan melakukan sunat hajat. Banyakkanlah berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan kita.

DOWNLOAD

Badminton




Panorama Aspura & Aspuri

Panorama Aspura


Panorama Aspuri


Saturday, September 25, 2010

Jamuan Hari Raya Asrama

Ketibaan Tuan Pengetua


Ketibaan VIP


Pelajar Aspuri


Pelajar Aspuri


Antara makanan yang disediakan


Antara VIP yang hadir


Persembahan pelajar


Bekas Ketua Warden juga hadir


Ucapan Ketua Warden


Ucapan Tuan Pengetua



Pada 25.9 2010, pihak asrama SMVAS telah mengadakan satu Majlis Jamuan Hari Raya bertempat di Dewan Bestari Budiman, SMVAS. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Pengetua, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Guru Kanan Mata Pelajaran dan tidak ketinggalan Bekas Ketua Warden SMVAS serta tetamu lain. Pelbagai juadah disajikan seperti satay, ayam goreng, mihun, kuih koci, lemang, karipap, rendang dan cendol. Ada juga persembahan dikalangan pelajar asrama yang mendendangkan lagu-lagu raya. Malam tersebut juga disampaikan sijil penghargaan kepada semua AJK Asrama Tingkatan 5 yang telah tamat tugas mereka.

Jadual Ujian Gerak Gempur SPM

Ujian Gerak Gempur SPM akan bermula pada 19.10.2010. Di harap semua pelajar bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan akan mendapat keputusan yang terbaik untuk SPM nanti. Semoga berjaya!!

Forum Perdana Ehwal Islam















Pada 24.9.2010, seramai 25 orang pelajar asrama SMV Ampangan diiringi oleh AEn. Muhamad Zaharuddin B. Ismail telah menghadiri Forum Perdana ehwal Islam Sempena 10 Tahun Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Dewan Tertutup Nilai. Tajuk yang dikupas oleh ahli panel pada malam tersebut ialah Peranan Mahasiswa Dalam Menangani Masalah Sosial. Tajuk ini sangat menarik dan isu yang dikupas oleh ahli panel membuatkan penonton tidak bosan. Semoga forum tersebut dapat memberi kesedaran kepada para penonton. Antara peranan remaja untuk membendung masalah sosial ialah menumpukan kepada pelajaran, saling ingat-mengingati ke arah kebaikan, tegur kawan jika mereka buat salah, dan banyak lagi. Sama-samalah kita berusaha untuk menghindari diri daripada terjebak dengan masalah sosial sebelum ianya menjadi kebiasaan dalam hidup kita.

Thursday, September 23, 2010

Lawatan Penanda Aras Di SMT Dato' Undang Mohd Sharif (ERT Rembau)



Pada 22/9/2010, bertempat di Sekolah Menengah Teknik Dato' Undang Mohd Sharif (ERT Rembau), 6 orang pegawai termasuk Hj. Yacob Bin Mansor (PK HEM), En. Norhisham Bin Osman (Ketua Warden), En. Adnan Bin Aziz (Warden), En. Aziz (Ketua Penyelia Asrama), En. Rahmat Bin Japa (Penyelia Asrama) dan En. Tajol Bin Arifin (Juruteknik) telah mengadakan lawatan penanda aras. Lawatan ini akan menjadi penanda aras kepada tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan (3K) asrama sekolah ini. Semoga tahap 3K asrama sekolah kita akan meningkat dan bertambah ceria dengan pelbagai program yang telah di atur oleh pihak asrama SMVAS.

AKTIVITI WARDEN

  1. Badminton
  2. Jamuan Warden Dan Pengurusan Sekolah

Monday, September 20, 2010

PERTANDINGAN DORM (BULAN RAMADHAN & HARI RAYA)

Selamat Kembali

Selamat Hari Raya dan Selamat kembali kepada semua penghuni asrama SMVAS. Semalam, pelajar telah kembali ke asrama setelah bercuti selama 2 minggu sempena cuti penggal kedua dan Hari Raya Aidilfitri. Di harapkan para pelajar kembali fokus kepada pelajaran dan belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan SPM bagi pelajar tingkatan 5 dan peperiksaan akhir tahun untuk pelajar tingkatan 4.