Saturday, September 25, 2010

Forum Perdana Ehwal Islam















Pada 24.9.2010, seramai 25 orang pelajar asrama SMV Ampangan diiringi oleh AEn. Muhamad Zaharuddin B. Ismail telah menghadiri Forum Perdana ehwal Islam Sempena 10 Tahun Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Dewan Tertutup Nilai. Tajuk yang dikupas oleh ahli panel pada malam tersebut ialah Peranan Mahasiswa Dalam Menangani Masalah Sosial. Tajuk ini sangat menarik dan isu yang dikupas oleh ahli panel membuatkan penonton tidak bosan. Semoga forum tersebut dapat memberi kesedaran kepada para penonton. Antara peranan remaja untuk membendung masalah sosial ialah menumpukan kepada pelajaran, saling ingat-mengingati ke arah kebaikan, tegur kawan jika mereka buat salah, dan banyak lagi. Sama-samalah kita berusaha untuk menghindari diri daripada terjebak dengan masalah sosial sebelum ianya menjadi kebiasaan dalam hidup kita.

No comments: