Friday, July 30, 2010

KEM MOTIVASI PERDANA SMVAS


Selamat datang diucapkan kepada guru-guru terlibat dan pelajar-pelajar luar yang akan bermukim di asrama smvas dari 30 julai hingga 1 ogos 2010.Diharapkan anda semua akan merasa selesa tinggal diasrama smvas seperti seadanya.Kami barisan warden akan cuba memberikan apa jua bantuan yang diperlukan dari masa kesemasa.Sayugia diingatkan kepada pelajar-pelajar yang mendiami blok asrama pelajar tingkatan 4 agar sama-sama menjaga keceriaan dan keselamatam apa jua barang yang terdapat didorm tersebut dan ingatlah pepatah ini "orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa". Jumpa disana...sana....sana...

Sekian,
Barisan Warden SMVAS

GAMBAR

Wednesday, July 28, 2010

PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN PENGAWAS ASRAMA TING 4 SESI 2010/2011




Bertarikh 26hb Julai 2010, satu sesi pemilihan dan perlantikan Pengawas Asrama bagi tahun 2010/2011 telah dilaksanakan bertempat di Pejabat Warden Asrama SMVAS, pemilihan tersebut telah dilaksanakan dan dinilai oleh semua warden supaya Pengawas yang dipilih benar-benar mencapai tahap 'piawaian' yang ditetapkan. Kapten Aspura dan Aspuri juga dipilih berdasarkan kredibiliti dan kata sepakat antara para penghuni asrama serta persetujuan daripada pihak warden.. Tahniah diucapkan.. Semoga perlantikan mereka akan memudahkan dan melancarkan lagi segala program dan aktiviti yang akan dijalankan di asrama..

SELAMAT BERPINDAH....TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI

Untuk Cikgu Hasmol Watan.. Terima Kasih di ucapkan atas jasa-jasa mu selama 3 tahun menjadi Ketua Warden di Asrama SMVAS.. Jasa Baktimu tidak dilupakan, jerih pedih dan penat lelah melayan kerenah penghuni asrama bersama akan menjadi memori indah sebagai kenangan...tapi apakan daya.. Cikgu Hasmol tidak lagi menjadi milik kita.. mungkin beliau akan lebih bergembira di Sekolah barunya nanti, kita doakan lah.. Kita di sini akan meneruskan perjuangan menggapai impian dan matlamat, terutama pelajar Tingkatan 5.. impian kejayaan cemerlang dalam SPM fokus utama..Bersedialah Peperiksaan SPM semakin tidak sabar untuk berjumpa denganmu....


Kenangan dari cikgu azmi....geng ragbi tu...hai takkan gambar je kot...


Kenangan dari ketua aspuri


kenangan dari ketua aspura....bosar kotak kocik isinya tu...che'mol


Ini pulak dari barisan warden....canggih tu....


Hai.. che'mol takkan monung kot....potong jolah kek tu...apo laie...cikgu epin dah tonung semacam jer tu...


ahhh...dah potong pun....jangan terpotong bondo lain sudah..


barisan tetamu-tetamu jemputan yang hadir....terima kasih semua....


kambadi.....kambadi....kambadi.....kambalikanlah.....
 

pissssss.............


aiiii.....apo nak buek lepaih nih.....


Tuesday, July 20, 2010

CATATAN TERAKHIR DARIKU.....SELAMAT TINGGAL SMVAS

Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ini.Gembira..serba salah..terkejut..tak percaya dll. Setelah 10 tahun 22 hari menabur bakti di SMVAS, akhirnya pada 25 Julai ini nanti(sepatutnya 16 Julai) akan berakhirlah sudah khidmat saya sebagai pendidik di sekolah ini dan tamatlah sudah khidmat sebagai Warden dan Ketua Warden di sini. Memanglah pertukaran ini saya minta, tetapi rasa berat pula hati ini untuk melangkah meninggalkan sekolah ini. Ia bagaikan sudah menjadi darah daging dan sebati dengan hidup saya dan keluarga saya.Inilah kampung saya, tempat saya dan anak-anak bermain, dan saya sebagai Tok Penghulunya. Pelbagai pengalaman, pahit manis, kejayaan, kegagalan, gelak ketawa, sedih dll yang saya rasai sepanjang berada di sini. SMVAS telah mematangkan saya dan melatih saya menjadi guru seperti mana saya sekarang. Tetapi hidup mesti diteruskan. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Walau bagaimanapun, saya masih akan kerap di sini memandangkan isteri saya masih menetap di Kuarters Guru sekolah ini atas ehsan Tuan Pengetua, mungkin untuk tempoh yang tidak lama. Saya ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan guru, rakan-rakan warden, staf sekolah, para pelajar, semua Hurricanes & X-Hurricanes dan semua penghuni & bekas penghuni asrama. Tanpa anda semua siapalah saya. Mohon maaf jika ada sebarang salah laku atau kekasaran sepanjang berada di sini. Harapan saya moga SMVAS akan terus maju di masa hadapan. Kepada semua warga asrama, saya sayang anda semua. Kepada pemain-pemain ragbi, teruskanlah kecemerlangan sukan ini di sekolah kita. Kepada rakan-rakan guru, terima kasih atas kerjasama, tunjuk ajar,nasihat dan kerana menjadi rakan yang baik untuk saya. Kepada rakan-rakan warden, terima kasih kerana membantu saya sama-sama memajukan asrama. Tiada kejayaan akan datang tanpa kerjasama yang erat antara kita. SELAMAT TINGGAL SMVAS.TERIMALAH AKU SEADANYA SMV DATO' SERI MD ZAIN-eden orang Melako, bukan Ghembau...jangan risau

Saturday, July 17, 2010

MERIAHNYA HARI TERBUKA ASRAMA




Selepas hampir sebulan membuat persediaan, akhirnya tibalah hari yang dinantikan-HARI TERBUKA ASRAMA 2010- yang julung kali diadakan. Berpeluh juga nakmenganjurkan program ni. Takde pengalaman lah katakan. Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan program ini-khususnya kepada para warden, para Pengawas Asrama, guru-guru,semua penghuni asrama, agensi-agensi kerajaan, IPT/S, para peserta dari sekolah-sekolah lain dll yang tidak sempat dirakamkan di sini. Tidak lupa juga kepada Planetarium Negara, Nestle Foods Chembong Factory, Menara Taming Sari Melaka dan lain-lain sponsor yang menyumbangkan souvenir bagi membantu memeriahkan lagi suasana program. Keseluruhannya, semuanya berjalan dengan lancar dan meriah sekali.Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang hari. Susah nak diceritakan di sini. Tengoklah slaid yang disertakan untuk gambaran sebenar hari bersejarah ini. Diharap semua pengunjung terhibur dan berpuas hati. Jika ada sebarang salah dan silap serta sebarang kecacatan dalam penganjuran program ini, ampun dan maaf dihulur. Moga ia akan menjadi lebih baik lagi pada tahun hadapan. Siapalah agaknya Penyelarasnya tahun hadapan.....TUNGGU

Thursday, July 15, 2010

JEMPUTAN KE HARI TERBUKA ASRAMA 2010



Majlis ini akan diadakan pada 17 Julai 2010(Sabtu) bermula jam 10.00 pagi. Ia diadakan serentak dengan Program Titian Emas & Hari Anugerah Kecemerlangan SMVAS 2010. Sehubungan itu, dijemput semua warga SMVAS, para ibu bapa, bekas-bekas pelajar & seluruh masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini. Pelbagai program telah diatur seperti gerai-gerai jualan, pameran dari agensi kerajaan & IPT, jualan produk-produk keluaran pengusaha tempatan, pertandingan futsal, tarik tali, sepak raga bulatan & touch rugby. Selain itu pelbagai permainan lain turut diadakan. Para pengunjung juga boleh melawat ke persekitaran asrama untuk mengenali lebih dekat lagi asrama SMVAS. DATANG.....JANGAN TAK DATANG.

Tuesday, July 13, 2010

PAMERAN BERGERAK AADK SEMPENA HARI TERBUKA ASRAMA


Pagi ini telah berlangsung satu pameran AADK yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran bahaya najis dadah kepada para pelajar. Sebenarnya kami berniat untuk memanggil bas pameran ini semasa Hari Terbuka Asrama, tetapi memandangkan ketatnya jadual mereka, maka terpaksalah diadakan hari ini. Semua warga SMVAS termasuk guru-guru telah bersama-sama menyaksikan pameran ini.

Monday, July 12, 2010

DAH DAPEK ORANGNYA.....






Hasil dari risikan dari PI yang tak bertauliah, akhirnya si 'musang' yang telah menjahanamkan alat pemadam api di asrama baru-baru ini telah tertangkap. Allah tetap menolong orang yang teraniaya...percayalah. Petualang 2 ekor ni ialah Mohd Akim Razali(4 KFL) dan Mohd Ajmal(kalau tak silap) - 4 BB2. Kalau ada guru tingkatan yang terbaca, ambillah tindakan. Apa pula tindakan pihak sekolah agaknya. Mamat 2 ekor ni memang sentiasa menyusahkan orang aje kerjanya. Dari merokok, menjual rokok, fly, ponteng, bohong, bawa handphone dll....tak terkira banyaknya. Istilah yang sesuai....merugikan duit kerajaan memberi makan kat asrama aje. Kita tunggu apa tindakan yang sewajarnya dari pihak sekolah. Harapan saya, ibu bapa mereka pun turut membaca catatan dari blog ini juga harapnya. Kepada pelajar yang lain, jangan tiru aksi tak bertamadun ini.Kok terbakar asrama ni nanti, nak padam dengan apa?Pakai air ludah/air kencing aje lah nampaknya.

Sunday, July 11, 2010

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL ASRAMA SMVAS 2010






10 JULAI 2010 - Satu Pertandingan bagi mempopularkan sukan tradisional di kalangan warga asrama telah dilaksanakan di asrama. 2 jenis permainan telah dipertandingkan iaitu sepak raga bulatan bagi lelaki dan galah panjang bagi perempuan. Pertandingan ini telah dilangsungkan di Gelanggang Bola Tampar SMVAS dan diselia oleh En Norhisham Osman. Pertandingan ini telah berlangsung dengan begitu meriah dan kecoh sekali, bermula seawal jam 9.00 pagi lagi. Rasa seronok betul para pelajar ni...mungkin kerana jarang main permainan macam ni kot.Cuaca yang panas tidak mengganggu konsentrasi para peserta, asalkan dorm masing-masing menang. Semangat Dorm semakin menebal nampaknya.Baguslah macam tu. Moga hubungan akan berkekalan sampai ke akhir hayat. Keputusannya, bagi Aspura(Sepak Raga Bulatan) : Johan Dorm A3(Cerdas), Naib Johan Dorm B2(Jujur)dan ketiga Dorm B9(Syukur) manakala bagi Aspuri(Galah Panjang) Johannya ialah Dorm D4(Maisarah), Naib Johan Dorm C6(Suaibatul Islamiyah) dan ketiga Dorm D5(Sumaiyyah). Tahniah kepada semua pemenang. Moga jumpa lagi dalam kejohanan yang sama tahun hadapan.

NASIB SI SURAT KHABAR.....KESIAN






Jika dilihat dari gambar-gambar yang ditunjukkan, apakah perasaan anda semua? Inilah dia sikap pelajar sekarang, tidak menghargai langsung kemudahan yang disediakan walaupun telah berulang kali diingatkan tentang perkara ini. Kalau ditarik balik kemudahan ini nanti, banyak pula ceritanya. Tapi tengoklah sendiri. Rasanya baik pihak sekolah hentikan saja naskah akhbar kepada pelajar. Rasanya tak sampai 10 orang pun dapat baca. Hari-hari kena check ada tak surat khabar hari ni. Selalunya , ada je ****** yang bawa akhbar ni ke bilik . Ataupun, jika dah habis dibacanya, habis semua ditanggal-tanggalkan, lepas tu tak tau nak letak semula. Siapa pulak yang nak kasi kemas sepanjang masa. Tak prihatin langsung dengan orang lain. Jenis tak berbudi bahasa...penting diri sendiri... suka menyusahkan orang lain...dll. RENUNG-RENUNGKANLAH

PERSIAPAN HARI TERBUKA ASRAMA 2010


Semua warga asrama hari ini mengerah tenaga bersama-sama membersih dan mengindahkan kawasan asrama agar bersedia untuk Hari Terbuka Asrama yang julung-julung kali diadakan pada 17 Julai 2010(Sabtu) nanti, serentak dengan berlangsungnya Program Titian Emas & Hari Anugerah Kecemerlangan SMVAS.Diharap para ibu bapa, warga SMVAS dan seluruh ahhli masyarakat, terutamanya di sekitar Ampangan ini akan sama-sama hadir bagi memeriahkan lagi hari tersebut. Pelbagai kerja pembersihan dilakukan dan nampaknya warga asrama nampak cukup bersemangat untuk hari tersebut. Syabas diucapkan. Sayang juga korang kat asrama ye....

DEGILNYA BUDAK-BUDAK NI....ADA SIAPA NAK TOLONG BAGI IDEA






Semasa menguruskan gotong-royong pagi tadi, saya dimaklumkan tentang kegiatan kumpulan pelajar Tkn 4 yang menyalahgunakan kemudahan alat pemadam api yang disediakan di asrama. Perkara ini sudah banyak kali dimaklumkan, tatapi nampaknya tidak memberi kesan kepada telinga semua orang. Menyusahkan...membazir....menyakitkan hati.....bengang....memang nak kena lempang siapa yang main ni. Harap jika ada sesiapa yang ada maklumat, salurkan dalam column Ruang Bicara kat blog ni. Tunggulah balasan kepada sesiapa yang terlalu degil ni dan keras hatinya. Jika tak dapat juga maklumatnya, siaplah semua pelajar Tingkatan 4.Itulah antara perkara yang menyebabkan darah tinggi kalau jadi warden ni.Tu baru sikit@kecil punya hal. Banyak lagi perkara lain lagi yang sentiasa menyakitkan hati.Sabar ajelah kalau nak hidup lama.

Saturday, July 10, 2010

KEMERIAHAN MAKIN TERASA


Hujung minggu ini akan berakhirlah demam Piala Dunia Afrika Selatan 2010. Tahniah kepada semua penyokong Belanda & Sepanyol. Kepada yang telah kalah, sokonglah pasukan yang baru demi semangat kesukanan - KICK RACISM OUT OF FOOTBALL. Sama-samalah menyaksikan perlawanan tempat ketiga/keempat dan aksi Final hujung minggu ini.

Tuesday, July 6, 2010

SEKITAR POWER NS ROYAL 7's 2010

Satu pasukan yang terdiri daripada 6 pelajar SMVAS dan 6 bekas pelajar kita telah menyertai kejohanan ragbi yang diadakan di Padang MPS baru-baru ini. Keputusannya ; Naib Johan 'Plate' di mana kita tewas kepada SMV Arau pada perlawanan akhir. Bersama ini dilampirkan bersama beberapa keping gambar untuk tontonan semua.

LAWATAN PELAJAR ASRAMA KE KELANTAN


Dari 2 - 4 Julai yang lalu, sekumpulan pelajar asrama (kebanyakannya Pengawas Asrama 2010) bersama-sama 3 orang warden En Mohd Fairus, En Rahmat dan Pn Roslina telah mengikuti satu siri lawatan ke Kelantan & Terengganu. Membeli belah sakan dengarnya dan pelajar-pelajar ini pun bukan main seronok dengarnya. Mereka menumpang bermalam di SMV Wakaf Tembusu. Kira habis le semua tempat di Kelantan dan Terengganu yang mereka kunjungi. Thanks kepada semua warden yang menjayakan program ini dan alhamdulillah semuanya selamat kembali semula ke SMVAS pada jam 12.00 malam hari Ahad yang lalu. Warden dapat le souvenir kerepok ikan dari Terengganu sorang satu pek.

MAKAN DURIAN


Jumaat lepas telah diadakan satu jamuan memakan Raja Buah untuk semua warden dan Pihak Pengurusan sekolah. Beli punya le jauh kat Lenggeng. Punya le tamak, tak habis pun. Masa beli rasa macam tak cukup je. Semua warden dapat hadir. Jamuan dihebatkan lagi dengan makan pulut bersantan dicampur dengan durian. Nampaknya takde siapa pun yang demam atau masuk hospital. Kira OK le tu. Dah tak habis, dipanggil pula pelajar-pelajar asrama yang nak ke Kelantan untul Program Lawatan Sambil Belajar untuk habiskannya. Tak juga habis. Dihantar pula ke Bilik Mesyuarat untuk disudahkan oleh AJK PIBG yang sedang bermesyuarat. Alhamdulillah...semuanya berjaya juga dihabiskan juga akhirnya.

Thursday, July 1, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BOWLING ASRAMA SMVAS 2010

Pertandingan ini telah dilaksanakan pada 26 Jun yang lalu dan keputusannya telah dipamerkan dalam post yang terdahulu. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan malam tadi bertempat di Pejabat Asrama dan semua pemenang telah menerima hamper masing-masing. Hadiah yang disediakan ialah peserta berkumpulan terbaik dari segi jatuhan pin terbanyak dan bagi kategori individu dengan jatuhan pin tertinggi. Tahniah kepada semua pemenang.

PERTANDINGAN DORM 5 BINTANG JUN 2010






Hari ini telah berlangsung penghakiman pertandingan dorm bagi bulan Jun 2010. Terima kasih kepada guru-guru yang telah bersusah payah menyumbangkan masa dan tenaga bagi menghakimi pertandingan ini. Keputusannya adalah seperti berikut. Bagi Aspura, Johannya adalah Dorm A8, tempat kedua Dorm A3 dan tempat ketiga Dorm A2. Bagi Aspuri Johannya adalah Dorm D4, tempat kedua Dorm D3 dan tempat ketiga Dorm D2. Satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada malam itu di Pejabat Warden SMVAS. Tahniah kepada semua pemenang. Teruskan usaha untuk menjadikan asrama SMVAS antara yang terbilang di kalangan yang terbaik.