Tuesday, July 20, 2010

CATATAN TERAKHIR DARIKU.....SELAMAT TINGGAL SMVAS

Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ini.Gembira..serba salah..terkejut..tak percaya dll. Setelah 10 tahun 22 hari menabur bakti di SMVAS, akhirnya pada 25 Julai ini nanti(sepatutnya 16 Julai) akan berakhirlah sudah khidmat saya sebagai pendidik di sekolah ini dan tamatlah sudah khidmat sebagai Warden dan Ketua Warden di sini. Memanglah pertukaran ini saya minta, tetapi rasa berat pula hati ini untuk melangkah meninggalkan sekolah ini. Ia bagaikan sudah menjadi darah daging dan sebati dengan hidup saya dan keluarga saya.Inilah kampung saya, tempat saya dan anak-anak bermain, dan saya sebagai Tok Penghulunya. Pelbagai pengalaman, pahit manis, kejayaan, kegagalan, gelak ketawa, sedih dll yang saya rasai sepanjang berada di sini. SMVAS telah mematangkan saya dan melatih saya menjadi guru seperti mana saya sekarang. Tetapi hidup mesti diteruskan. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Walau bagaimanapun, saya masih akan kerap di sini memandangkan isteri saya masih menetap di Kuarters Guru sekolah ini atas ehsan Tuan Pengetua, mungkin untuk tempoh yang tidak lama. Saya ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan guru, rakan-rakan warden, staf sekolah, para pelajar, semua Hurricanes & X-Hurricanes dan semua penghuni & bekas penghuni asrama. Tanpa anda semua siapalah saya. Mohon maaf jika ada sebarang salah laku atau kekasaran sepanjang berada di sini. Harapan saya moga SMVAS akan terus maju di masa hadapan. Kepada semua warga asrama, saya sayang anda semua. Kepada pemain-pemain ragbi, teruskanlah kecemerlangan sukan ini di sekolah kita. Kepada rakan-rakan guru, terima kasih atas kerjasama, tunjuk ajar,nasihat dan kerana menjadi rakan yang baik untuk saya. Kepada rakan-rakan warden, terima kasih kerana membantu saya sama-sama memajukan asrama. Tiada kejayaan akan datang tanpa kerjasama yang erat antara kita. SELAMAT TINGGAL SMVAS.TERIMALAH AKU SEADANYA SMV DATO' SERI MD ZAIN-eden orang Melako, bukan Ghembau...jangan risau

5 comments:

Anonymous said...

sebagai pelajar dan penghuni asrama bukan mudah bagi kami untuk melupakan segala jasa dan kenagan bersama dirimu segalanya pasti tersemat dalam kalbu kami untuk selama2nya

Si Sedih said...

Kami sayang cikgu....janganlah tinggalkan kami...bukan naik pangkat pun.Duduk sini lagi baik

Soleha Mehat said...

amboi..apo kono mengeno ey ghembau dgn alor gajah?org ghembau mmg dh buat MOU dgn org alor gajah..:)

Anonymous said...

dah lama nak cakap... baru sekarang dpt diluahkan... hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya hormatkan kamu... betapa sy mencontohi kamu, betapa sy menghargai kamu... terima kasih diatas segala-galanya... semoga berjaya ditempat baru... Selamat jalan En. Hasmol...

Anonymous said...

siap kami jika tiadanya kamu
siapa kami jika tiada pendidik sperti dirimu
andai nyawa kami masih panjang nanti hari kita akan berjumpa lagi
sayang cikgu sampai bila-bila
segala pahit getir bersamamu selama 1tahun 7bulan saya dan kawan2 disini engkaulah pemimpin yang berwibawa
tanpa mengenang erti letih dah jemu
engkaulah segala2nya
KAMI PENGAWAS ASRAMA AMAT MERASA KEHILANGAN DIRIMU KERANA KAMULAH BAPA KAMI SEMUA





creatd by
ikhwan_fitri93@yahoo.com