Thursday, July 1, 2010

GEMPAR SEKEJAP





Pagi ini, seluruh warga asrama(yang bangun awal) dikejutkan dengan keadaan Dewan Makan Asrama yang gelap gelita. Puas ditunggu depan pintu, namun tak juga dibuka. Akhirnya semua pun pulang semula ke asrama dan puasa sehingga rehat. Malang sekali...chef Dewan Makan terlolap rupanya(kesiangan) dan gagal menghadirkan diri untuk memasak hari ini. Kunci pula tiada siapa yang pegang, jadi makcik yang 3 orang tu pun tak boleh nak buat apa-apa. Kesian pulak tengok brader tu. Jangan tension bro...lu masak dah ok tu. Budak semua suka. Tapi jangan ulangi lagi harapnya pada masa hadapan. Hasil perbincangan dengan Pengetua dan Ketua Penyelia Asrama, semua sepakat meminta pelajar makan di kantin semasa rehat, dan kosnya akan ditanggung oleh Pengusaha Dewan Makan. Harapan saya semoga insiden ini adalah yang terakhir hendaknya.

No comments: