Thursday, July 1, 2010
ERKKKKK.................ALHAMDULILLAH
Sempena meraikan kejayaan pasukan ragbi dan rekacipta dalam KAT Ke 13 Peringkat kebangsaan yang lalu, Tuan Pengetua telah bermurah hati untuk menghadiahkan kami untuk jamuan makan ikan bakar di Melaka. Lokasinya : Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong. Semua sungguh teruja untuk ke sana berbekalkan perut yang kosong kerana tidak makan tengahari langsung. kesemua pemain dan guru pengiring turut serta dalam trip ni. YDP PIBG pun ikut sama. Sesampainya di sana, kenalah bawa bersabar kerana Tuan Pengetua masih dalam perjalanan mengambil anak beliau di UKM. Bermula sahaja sesi makan....keadaan menjadi huru hara dek kesibukan tangan dan mulut mengunyah. Rasanya makan kali ini yang paling best. Saya syorkan anda semua ke Muara Sungai Duyong jika nak makan sedap, cepat dan murah. Rasanya untuk semalam dengan 24 orang, kosnya hanya RM XXX.XX. Kira tak sampai RM 20 seorang. Terima Kasih Pengetua. Tapi kami belum habis lagi. Pergi pula menyusuri Sungai Melaka dengan Melaka River Cruise. Dapat pulak rezeki....diskaun 50% untuk semua. Nasib baik ada cucu Hang Tuah ikut sekali. Kira jimat banyak ni.Seronok betul tapi yang kurang baiknya, air Sungai Melaka masin(termasuk dalam mulut) dan cuaca pula hujan semasa kami dalam perjalanan balik ke jeti. Bot pula tiada awning,parah....Kesimpulannya..datanglah ke Melaka. MELAWAT MELAKA BERERTI MELAWAT MALAYSIA. MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA. HIDUP MELAKA. HIDUP MELAKA. HIDUP MELAKA. MELAKA BOLEH......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment