Sunday, October 17, 2010

Lawatan AJK Asrama ke Cameron Highland


Pada hari Sabtu, 16 Oktober 2010, seramai 32 orang AJK Asrama SMVAS telah mengadakan lawatan ke Cameron Highland. Rombongan ini diiringi oleh 6 orang warden dan pembantu warden iaitu Cikgu Hisham, Cikgu Fairus, En. Rahmat, Cikgu Radiah, Cikgu Kusnin dan Cikgu Zaharuddin. Ketua rombongan pula ialah Cikgu Razali.

Rombongan ini bertolak dari sekolah pada pukul 5.00 pagi dan singgah untuk solat subuh di R&R. Selepas itu kami meneruskan perjalanan. Antara tempat yang dilawati ialah Stesen Mardi Cameron Highland, Ladang Teh BOH Sungei Pallas, Cactus Point, Ladang Strawbery dan Air terjun Lata Iskandar.

Lawatan ini banyak memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada kami semua dan melupakan sekejap tugasan di sekolah untuk menenangkan fikiran. Pada Keesokannya kami bergerak pulang dan sampai di sekolah kira-kira pukul 9.00 malam.

Inilah bas yang digunakan semasa rombongan melawat Cameron Highland.

Doa selamat dibaca oleh Luth sebelum bas bertolak pada pagi Sabtu.
Ketua warden dan famili.

Antara warden yang mengiringi lawatan ke Cameron.

Wajah-wajah AJK yang kegembiraan.



No comments: