Tuesday, October 26, 2010

PERTANDINGAN DORM

Petang ini akan berlangsungnya pertandingan sajak peringkat dorm diantara pelajar asrama tingkatan 4. Pertandingan akan bermula pada pukul 3.30 petang sehingga pukul 6.00 petang dan akan disambung pada keesokannya pada waktu yang sama. Setiap dorm akan diwakili oleh 3 peserta.

Pada malam ini dan malam esok pula akan berlangsungnya pertandingan nasyid bermula pukul 8.30 malam. Nasyid ini bertemakan '1Malaysia' dan setiap dorm akan mempersembahkan sebuah lagu samada lagu sediada atau dikarang sendiri. Setiap dorm hendaklah menghantar wakil seramai 7 hingga 10 orang.

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini, para pelajar boleh merujuk di papan kenyataan asrama atau berhubung terus dengan Cik Radiah (Penyelaras aktiviti), En. Kusnin (sajak), En. Zaharuddin (nasyid) ataupun warden-warden yang ada.

Untuk pertandingan lain, sila rujuk takwim asrama di bawah..

No comments: