Tuesday, October 26, 2010

Kebakaran Di Dorm B9 Aspura

Malang tidak berbau .. hari ini kebakaran berlaku di asrama putera. Kejadian berlaku pada sebelah pagi ketika semua pelajar dan guru sedang berhimpun di Dewan Bestari Budiman (Dewan Sekolah) sempena Perhimpunan Mingguan Sekolah. Semasa perhimpunan sedang berlangsung, seorang pengawal keselamatan (Pn. Kajliana) yang kebetulan berada di Post Pengawal asrama mendapati kepulan asap sedang keluar dari tingkat atas Blok B tingkatan 4 aspura. Beliau lantas menghubungi rakan setugas di Pos Utama (Encik Khidir) dan seterusnya memberitahu beberapa pengawas dan guru yang berada di tapak perhimpunan. Pihak sekolah terus menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat. Loceng keselamatan serta merta dibunyikan. Saya telah mengarahkan semua pelajar untuk terus kekal berada di Dewan Perhimpunan bagi memudahkan kawalan. Tambah pula ia terletak jauh dari lokasi kebakaran. Kedatangan pelajar, guru dan staff sokongan pejabat telah diambil dan didapati semua berada pada bilangan yang mencukupi dan dalam keadaan selamat. Rumah Pam Hose Reel telah dihidupkan dan beberapa unit Fire Extingusher juga telah digunakan oleh beberapa orang guru dan staf kawalan keselamatan untuk cuba memadamkan kebakaran. Malangnya asap yang tebal menyukarkan kerja pemadaman. Guru-guru dan staff telah mengeluarkan baki tilam-tilam yang terbakar dari dorm tersebut. Pasukan Bomba sampai pada pukul 8.30 pagi dan seterusnya berjaya memadamkan api dalam masa lebih kurang 10 minit. Punca kebakaran sedang disiasat oleh pihak Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak Polis.



(Di petik dari Blog Pengetua)

No comments: