Thursday, April 22, 2010

KEJOHANAN MINI OLIMPIK PERINGKAT ASRAMA SMVAS.


25 April 2010
Hari ini, telah berlangsung Kejohanan Mini Olimpik Asrama SMV Ampangan buat julung kalinya. Antara acara yang dipertandingkan ialah 100m, 200m, 400m, 4 X 100m, 4 X 400m, lompat jauh dan juga lompat kijang. Bermula dari jam 8.30 pagi, pertandingan ini telah berlangsung dengan meriah sekali, malah lebih meriah lagi berbanding sukan sekolah. Ini semua dek semangat dorm yang kuat antara semua peserta.
Johan bagi Aspura ialah Dorm A1 manakala Dorm D4 muncul juara bagi Aspuri. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua. Harapan saya pada tahun hadapan akan dipertingkatkan lagi penganjuran acara ini demi kebaikan semua pelajar.
Terima kasih kepada semua warden yang turut sama membantu mengelolakan acara ini. Tanpa anda semua, tak mungkin kejohanan ini akan berjaya. Syabas kepada semua peghuni asrama yang menjadikan program ini begitu happening.

23 April 2010
Hasil dari cabaran Tuan Pengetua dalam Mesyuarat Pengurusan Asrama siri 4 yang lalu, Ahad ini(25 April 2010) bermula jam 9.00 pagi akan berlangsung Kejohanan Mini Olahraga Peringkat Asrama buat julung kalinya. Diselia oleh En Rahmat Japa, diharap kejohanan ini akan dapat dijadikan medan mencungkil bakat di kalangan penghuni asrama. Kejohanan ini adalah berdasarkan dorm pelajar, dan seorang pelajar hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam 1 acara sahaja. Sebanyak 16 dorm Aspura dan 9 dorm Aspuri akan berentap bagi menentukan siapa yang lebih gagah.

Kepada semua peserta, saya ucapkan selamat bertanding. Lepas ni, tentulah mudah nak cari atlet untuk pasukan olahraga sekolah pulak. Selamat bertugas kepada semua warden untuk acara Ahad ini. Dengar khabar sebanyak 3 unit hamper disediakan bagi Aspura & Aspuri kerana kejohanan ini adalah bersifat mata terkumpul yang diperoleh dalam semua jenis acara yang dipertandingkan.

No comments: