Monday, April 12, 2010

21 PENGHUNI ASRAMA TAWAN PUNCAK GUNUNG DATUK




Pada 10 April 2010 yang lalu, sekumpulan 21 pelajar ditemani 2 orang guru, iaitu En Muhammad Zaharuddin dan En. Azizan Firdaus telah membawa nama asrama SMVAS menyertai Sirkit Mendaki Gunung Datuk anjuran Majlis Belia Negeri Sembilan. Pada pertandingan ini, kita tidak berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan di mana peserta kita berjaya menduduki tempat ke 11 - iaitu Saudara Zulfiqry Hamid(5 Auto) , ke 12 - Kapten Aspura, Muhammad Abdul Hadi Zainuddin(5 EE2) dan 3 lagi pelajar lain yang menduduki tempat bawah dari 20. Walau bagaimanapun, yang penting bukannya kemenangan tetapi penyertaan dan matlamat menyertai program seumpama ini tercapai.Pengalaman seperti ini sukar diperoleh. Ianya hanya berlaku terutamanya pada zaman persekolahan sahaja.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru yang terlibat, dan terima kasih juga kepada pihak sekolah yang sentiasa menyokong program-program di asrama.
Selepas ini, kami akan menyertai satu lagi sirkit iaitu pada 8 Mei 2010 iaitu di Gunung Angsi pula. Kepada pelajar-pelajar dan guru yang berminat, bolehlah berhubung dengan Ketua Warden untuk makluman lanjut.

No comments: