Selain dari projek sayur-sayuran yang sudah pun mengeluarkan hasilnya, pihak asrama juga sedang giat mengusahakan projek tanaman cendawan pula. Bermula pada skala yang agak kecil, iaitu 200 beg cendawan pada peringkat ini, kami amat berharap agar ia akan diperluaskan lagi pada masa hadapan. Guru-guru diminta bersedia untuk membuat tempahan cendawan pula selepas ini.
Projek ternakan keli pula melangkah setapak ke hadapan dengan menambah 2000 ekor ikan keli lagi ke dalam tangki ternakan. Semoga semuanya akan berjaya seperti yang dirancangkan. Kali ini, dengan pengalaman dari projek yang pertama dan khidmat nasihat daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Seremban, diharap semuanya akan berjalan lancar. Ikan-ikan yang lama sudah membesar nampaknya, dan sudah mula diasingkan kepada 2 bekas berlainan, mengikut saiznya.
Kebun sayur pula telah berkembang pula ke tapak baru bersebelahan Asrama Puteri(di belakang Pondok Pengawal Asrama). Masih di peringkat pembinaan batas, diharapkan projek yang lebih besar skalanya ini, akan meningkatkan lagi produktiviti projek ini.
Terima kasih kepada semua guru dan kaki tangan sekolah yang tidak berhenti-henti membeli produk kami. Insyaallah, pada masa hadapan akan bertambah variety dalam pilihan sayuran yang ada untuk anda semua.
BELILAH SAYURAN ASRAMA. BEBAS RACUN SERANGGA DAN SELAMAT DIMAKAN.
No comments:
Post a Comment