Sunday, April 25, 2010

KITO MONANG....KITO MONANG..

En Rahmat mewakili pihak pengurusan asrama menerima Anugerah Khas Pengurusan HEM


Antara penghuni asrama yang membantu menjayakan Hari Kualiti 2010

Sempena Hari Anugerah Kualiti SMVAS 2010 pada 24 April 2010 yang lalu, pihak pengurusan asrama SMVAS merasa amat bangga kerana telah diperkenankan untuk menerima Anugerah Khas Pengurusan Hal Ehwal Murid. Walaupun hadiahnya bukan dalam bentuk wang ringgit, tetapi penghargaan sebegini cukup menggembirakan kami semua. Ini menunjukkan pihak pentadbir SMVAS menghargai apa yang kami telah laksanakan di asrama sepanjang tahun 2009 yang lalu. Kejayaan ini adalah kejayaan kami bersama sebagai satu pasukan. Terima kasih tidak terhingga kepada barisan warden asrama SMVAS 2009( 8 orang kesemuanya- En Hasmol, En Norhisham, En Abdul Razak, En Mohd Fairus, En Rahmat, Pn Norazlina, Pn Roslina dan Cik Radiah) yang telah mengatur hampir 50 program sepanjang tahun lalu, di samping berjaya menguruskan pelajar di asrama dengan agak baik. Saya amat berharap usaha murni akan diteruskan lagi bukan kerana tugas lagi, bahkan menjadi budaya kerja kita semua. Masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan lagi. Teruskan usaha.....ada cahaya menanti di hujung sana.
Selain itu, pencapaian rakan-rakan warden yang lain juga turut mencuri tumpuan. Antaranya Ketua Warden sendiri yang menerima Anugerah Peningkatan Pencapaian SPM 2009 bagi Panitia Matematik, Anugerah Emas Ko-Kurikulum bagi Sukan & Permainan(Ragbi) dan juga Anugerah Pasukan Ko-Kurikulum Terbaik(Ragbi). Tidak lupa kepada En Mohd Fairus Johari yang memenangi Anugerah Laporan Sukan/Permainan Terbaik(Bola Sepak) dan juga Laporan Terbaik Unit HEM bagi Program Menangani Stress. Seorang lagi ialah En Rahmat Japa yang dianugerahkan dengan Anugerah Khidmat Terpuji bagi Kategori Kakitangan Sokongan. Kepada warden yang tidak menerima apa-apa anugerah, anda bukanlah tidak cemerlang. Teruskan usaha, pasti ada imbuhan menanti.
Tahniah kepada semua. Nampaknya warden SMVAS bukan hanya pandai menjaga asrama sahaja, malah turut cekap dalam hal-hal lain. Pendek kata serba boleh lah. Harap penghuni asrama kita pun begitu hendaknya.Amin.......





No comments: