Semasa dalam perjalanan nak mengambil anak petang tadi, kelihatan sekumpulan pelajar perempuan dalam keadaan cemas di belakang Bengkel ABM. Saya datang menghampiri untuk memastikan apa yang berlaku.Ahhh... histeria pulak. Biarkan aje. Nampak bila dia dah boring, berenti le tu,kata saya sambil meminta pelajar lain yang lemah semangat tapi buat-buat berani supaya pergi meninggalkan kawasan tersebut. Kebetulan Pn Roslina pun ada, biarlah dia yang menguruskannya.
Malamnya lain pula ceritanya. Rupa-rupanya bukan histeria, tapi budak tu dipsiko dek budak-budak Form 5 sampai naik sewel.Adoiiiii.....macam-macam masalah lah budak-budak ni. Isunya pun tah apa-apa. Dah takde kerja agaknya. Yang budak Form 4 ni pun satu. Dah tau junior, buatlah cara junior. Tak faham-faham. Yang Form 5 pulak macam bagus sangat. Ada aje benda yang tak betul. Dia orang pun tak ikut peraturan juga. Marahkan orang aje pandai. Ponteng prep lah, lambat keluar asrama lah, pakai seluar pendeklah, baju ketatlah dll. Kat rumah tak pulak buat camtu.
Malamnya, satu perjumpaan antara warden perempuan dan semua pelajar Form 5 Aspuri telah diadakan di Bilik Rekreasi. Pelbagai isu ditimbulkan. Ada yang menangis, ada yang masam je. Ada yang buat muka tak kisah dan macam-macam muka lagi. Harap semuanya selesai dengan baik tanpa ada sebarang perasaan dendam, harapnya.Kalau degil juga atau tak mahu ikut cara asrama ni, duduk dengan nenek sendiri lagi baik. Kalau dah ramai-ramai ni, memang payah. Kenalah pandai menyesuaikan diri dan membawa diri. Harapan saya, semua pelajar dapat memaafkan antara satu sama lain, buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga semua pelajar dapat duduk di asrama dengan harmoni dan selesa. Sayangilah rakan-rakan dan adik-adik Form 4 kita. Mereka juga manusia seperti anda. Kepada yang Form 4, cuba-cubalah sesuaikan diri di asrama. Dah 4 bulan ni, takkan tak sesuai-sesuai lagi.
No comments:
Post a Comment