Monday, April 26, 2010

MONANG LAIE...JOM GI JOHOR PULAK





Hujung minggu ni memang minggu monang agaknya. Sik monang yo, bila pulak nak kalah ni. Kang ado pulak geng yang marah.

Kali ni bukan cerito pasal asrama, tapi bebudak asrama yang mewakili sekolah dalam pertandingan ragbi KAT Zon Melaka/ Negeri Sembilan pada 24 April 2010 yang lau, bertempat di SMVAS. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan(jersi dan peralatan latihan dikebas orang), pasukan sekolah kita masih berjaya mengekalkan kejuaraan peringkat zon ini buat kali kelima berturut-turut, bermula dari tahun 2006. Berbekalkan 1 set jersi bola sepak dan baju rumah sukan sahaja, pasukan ini berjaya mengalahkan semua pasukan untuk muncul juara dengan penuh bergaya. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan guru-guru yang menyumbang khidmat bakti kepada pasukan ini. Tidak lupa kepada pihak sekolah dan semua guru yang terlibat dalam pengelolaan KAT yang lalu. Tanpa anda, kejohanan ini tidak mungkin terlaksana.

Sejarah penglibatan pasukan ragbi kita di peringkat kebangsaan pula, kita bergelar juara bagi semua edisi kejohanan bermula dari tahun 2006, tetapi tewas di peringkat separuh akhir pada kejohanan tahun 2009 yang lalu.

Diharapkan pasukan tahun ini akan dapat meneruskan tradisi kecemerlangan ini pada kejohanan tahun ini yang bakal diadakan pada 3-6 Jun 2010 di Johor. Buktikan kepada mereka di luar sana yang SMVAS BOLEH.

IN......... WE ARE ........ HURRICANES !!!!!!!!!


Sunday, April 25, 2010

KITO MONANG....KITO MONANG..

En Rahmat mewakili pihak pengurusan asrama menerima Anugerah Khas Pengurusan HEM


Antara penghuni asrama yang membantu menjayakan Hari Kualiti 2010

Sempena Hari Anugerah Kualiti SMVAS 2010 pada 24 April 2010 yang lalu, pihak pengurusan asrama SMVAS merasa amat bangga kerana telah diperkenankan untuk menerima Anugerah Khas Pengurusan Hal Ehwal Murid. Walaupun hadiahnya bukan dalam bentuk wang ringgit, tetapi penghargaan sebegini cukup menggembirakan kami semua. Ini menunjukkan pihak pentadbir SMVAS menghargai apa yang kami telah laksanakan di asrama sepanjang tahun 2009 yang lalu. Kejayaan ini adalah kejayaan kami bersama sebagai satu pasukan. Terima kasih tidak terhingga kepada barisan warden asrama SMVAS 2009( 8 orang kesemuanya- En Hasmol, En Norhisham, En Abdul Razak, En Mohd Fairus, En Rahmat, Pn Norazlina, Pn Roslina dan Cik Radiah) yang telah mengatur hampir 50 program sepanjang tahun lalu, di samping berjaya menguruskan pelajar di asrama dengan agak baik. Saya amat berharap usaha murni akan diteruskan lagi bukan kerana tugas lagi, bahkan menjadi budaya kerja kita semua. Masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan lagi. Teruskan usaha.....ada cahaya menanti di hujung sana.
Selain itu, pencapaian rakan-rakan warden yang lain juga turut mencuri tumpuan. Antaranya Ketua Warden sendiri yang menerima Anugerah Peningkatan Pencapaian SPM 2009 bagi Panitia Matematik, Anugerah Emas Ko-Kurikulum bagi Sukan & Permainan(Ragbi) dan juga Anugerah Pasukan Ko-Kurikulum Terbaik(Ragbi). Tidak lupa kepada En Mohd Fairus Johari yang memenangi Anugerah Laporan Sukan/Permainan Terbaik(Bola Sepak) dan juga Laporan Terbaik Unit HEM bagi Program Menangani Stress. Seorang lagi ialah En Rahmat Japa yang dianugerahkan dengan Anugerah Khidmat Terpuji bagi Kategori Kakitangan Sokongan. Kepada warden yang tidak menerima apa-apa anugerah, anda bukanlah tidak cemerlang. Teruskan usaha, pasti ada imbuhan menanti.
Tahniah kepada semua. Nampaknya warden SMVAS bukan hanya pandai menjaga asrama sahaja, malah turut cekap dalam hal-hal lain. Pendek kata serba boleh lah. Harap penghuni asrama kita pun begitu hendaknya.Amin.......





Thursday, April 22, 2010

KEJOHANAN MINI OLIMPIK PERINGKAT ASRAMA SMVAS.


25 April 2010
Hari ini, telah berlangsung Kejohanan Mini Olimpik Asrama SMV Ampangan buat julung kalinya. Antara acara yang dipertandingkan ialah 100m, 200m, 400m, 4 X 100m, 4 X 400m, lompat jauh dan juga lompat kijang. Bermula dari jam 8.30 pagi, pertandingan ini telah berlangsung dengan meriah sekali, malah lebih meriah lagi berbanding sukan sekolah. Ini semua dek semangat dorm yang kuat antara semua peserta.
Johan bagi Aspura ialah Dorm A1 manakala Dorm D4 muncul juara bagi Aspuri. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua. Harapan saya pada tahun hadapan akan dipertingkatkan lagi penganjuran acara ini demi kebaikan semua pelajar.
Terima kasih kepada semua warden yang turut sama membantu mengelolakan acara ini. Tanpa anda semua, tak mungkin kejohanan ini akan berjaya. Syabas kepada semua peghuni asrama yang menjadikan program ini begitu happening.

23 April 2010
Hasil dari cabaran Tuan Pengetua dalam Mesyuarat Pengurusan Asrama siri 4 yang lalu, Ahad ini(25 April 2010) bermula jam 9.00 pagi akan berlangsung Kejohanan Mini Olahraga Peringkat Asrama buat julung kalinya. Diselia oleh En Rahmat Japa, diharap kejohanan ini akan dapat dijadikan medan mencungkil bakat di kalangan penghuni asrama. Kejohanan ini adalah berdasarkan dorm pelajar, dan seorang pelajar hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam 1 acara sahaja. Sebanyak 16 dorm Aspura dan 9 dorm Aspuri akan berentap bagi menentukan siapa yang lebih gagah.

Kepada semua peserta, saya ucapkan selamat bertanding. Lepas ni, tentulah mudah nak cari atlet untuk pasukan olahraga sekolah pulak. Selamat bertugas kepada semua warden untuk acara Ahad ini. Dengar khabar sebanyak 3 unit hamper disediakan bagi Aspura & Aspuri kerana kejohanan ini adalah bersifat mata terkumpul yang diperoleh dalam semua jenis acara yang dipertandingkan.

PERKEMBANGAN PROGRAM BUMI HIJAU ASRAMA SMV AMPANGAN

Selain dari projek sayur-sayuran yang sudah pun mengeluarkan hasilnya, pihak asrama juga sedang giat mengusahakan projek tanaman cendawan pula. Bermula pada skala yang agak kecil, iaitu 200 beg cendawan pada peringkat ini, kami amat berharap agar ia akan diperluaskan lagi pada masa hadapan. Guru-guru diminta bersedia untuk membuat tempahan cendawan pula selepas ini.

Projek ternakan keli pula melangkah setapak ke hadapan dengan menambah 2000 ekor ikan keli lagi ke dalam tangki ternakan. Semoga semuanya akan berjaya seperti yang dirancangkan. Kali ini, dengan pengalaman dari projek yang pertama dan khidmat nasihat daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Seremban, diharap semuanya akan berjalan lancar. Ikan-ikan yang lama sudah membesar nampaknya, dan sudah mula diasingkan kepada 2 bekas berlainan, mengikut saiznya.

Kebun sayur pula telah berkembang pula ke tapak baru bersebelahan Asrama Puteri(di belakang Pondok Pengawal Asrama). Masih di peringkat pembinaan batas, diharapkan projek yang lebih besar skalanya ini, akan meningkatkan lagi produktiviti projek ini.

Terima kasih kepada semua guru dan kaki tangan sekolah yang tidak berhenti-henti membeli produk kami. Insyaallah, pada masa hadapan akan bertambah variety dalam pilihan sayuran yang ada untuk anda semua.

BELILAH SAYURAN ASRAMA. BEBAS RACUN SERANGGA DAN SELAMAT DIMAKAN.

Tuesday, April 20, 2010

YEHHH....... DAPAT BALIK

Asrama SMVAS sedang dilanda wabak sakit mata. Setiap pagi akan kelihatan penghuni asrama dengan mata kemerahan@sepet berpusu-pusu di bilik GPK HEM untuk mendapatkan kebenaran untuk ke Klinik Kesihatan Ampangan. Hairan juga ye. Yang sakit mata ni kebanyakannya pelajar Tkn 4, mana perginya pelajar Tkn 5. Agaknya mata mereka ni kuat, dan mata pelajar Tkn 4 ni lembik-lembik. Walau bagaimanapun, harapan saya agar wabak ni akan segera tamat supaya para pelajar tidak tertanggu dalam pelajaran masing-masing.

Berbalik kepada isu tadi, jika dibuat penaakulan secara mantik,dapat disimpulkan bahawa pelajar-pelajar Tkn 4 ini ada yang mengambil kesempatan untuk dapat balik ke kampung semasa ada kesempatan sebegini. Memang ada yang betul-betul sakit, tetapi ada juga yang menipu sahaja dengan meletakkan pelbagi barangan di mata, asalkan dapat cuti. Maklumat ini pun saya dapat dari pelajar juga.

Ingatlah pelajar Tkn 4, jangan merayu-rayu pula tahun hadapan jika tidak mendapat tempat di asrama bagi sesi 2011. Saya memang tidak suka dengan pelajar yang asyik nak balik kampung sahaja semasa tinggal di asrama, tetapi bilatak dapat tempat di asrama, akan terhegeh-hegeh membuat rayuan pula. Bilangan pelajar Tkn 4(lelaki) di asrama sekarang ialah hampir 160 orang,manakala kapasiti Blok Tkn 5 hanya 132 sahaja. Fikir-fikirkanlah. Yang nakal, yang suka ponteng dan yang asyik balik kampung tanpa henti(tiap-tiap minggu), siap. Anda akan mendapat pembalasannya kelak. Jangan dah terhantuk, baru nak tengadah.

KAD OUTING BARU...VERSI 2010

Mulai tahun ini, pihak pengurusan asrama SMVAS telah mula menggunakan Kad Outing versi baru, yang pada pandangan kami lebih bermaklumat, memudahkan kawalan, dan lebih komprehensif. Digunakan untuk tujuan balik bermalam, outing, ke klinik, rekod salah laku atau sumbangan serta keputusan ujian sepanjang 2 tahun menginap di asrama SMVAS.
Diharapkan dengan penggunaan kad yang baru ini akan sedikit sebanyak membantu pihak kami menangani masalah disiplin serta tidak lupa menghargai jasa baik penghuni asrama sepanjang mereka berada di sini.
Semalam(19/4/2010)- satu sesi mengisi maklumat salah laku pelajar bagi 4 bulan yang pertama telah diadakan di Pejabat Asrama SMVAS, yang telah dihadiri oleh semua warden asrama dan juga GPK HEM. Agak berpeluh semua....terutamanya yang dah banyak kes. Baru perasan langit ni tinggi rupanya. Mulut tak habis-habis berdoa minta-minta cikgu lupa kes masing-masing. Diharap para ibu bapa akan lebih prihatin dengan membaca setiap maklumat yang dimasukkan ke dalam kad outing anak-anak setiap kali mereka pulang bermalam

Tuesday, April 13, 2010

TARGET TERCAPAI JUGA AKHIRNYA

Keputusan SPM 2009 tahun lalu mendatangkan rasa bangga kepada pihak pengurusan asrama SMVAS kerana salah satu target pencapaian akademik kami ialah pelajar terbaik SPM setiap tahun mestilah datangnya dari pelajar yang menghuni asrama. Bukannya mahu menafikan sumbangan guru-guru di sekolah atau menidakkan usaha pihak sekolah atau menumpang glamour sahaja, kami sebenarnya amat gembira kerana akhirnya pelajar asrama 2009 berjaya membuktikan yang keadaan di asrama sesuai untuk melahirkan pelajar yang berjaya dengan cemerlang. Walaupun tanpa ada kelas tuisyen di luar, para pelajar ini dengan bantuan guru-guru di sekolah sahaja berjaya menghasilkan keputusan yang membanggakan. Kami di asrama seboleh-bolehnya cuba menyediakan prasarana yang terbaik untuk anda semua, asalkan anda semua tekun belajar. Ini berjaya menidakkan beberapa pendapat yang asrama SMVAS tidak sesuai untuk dihuni oleh pelajar yang ingin belajar.
Para penghuni asrama yang lain, walaupun bukanlah yang terbaik,tetap menghasilkan keputusan yang baik juga. Kami amat berharap agar penghuni asrama 2010 akan berjaya meneruskan kecemerlangan ini. Buktikan kepada mereka di luar sana, kami boleh berjaya. Tinggallah di sini. Semuanya tersedia untuk anda. Yang pentingnya, keinginan dan kemahuan untuk berjaya. Berikut adalah senarai nama penghuni asrama 2009 yang telah berjaya mengharumkan nama SMVAS dalam Peperiksaan SPM 2009 yang lalu:

Pelajar Terbaik SPM 2009
SM Vokasional Ampangan Seremban
Bil. Nama PelajarKursusPencapaian
Teknik
1AMIERUL ASYRAF BIN RAHMAT
(Peta)
5 PKA16 A (3 A+, 2 A, 1 A-)
2AMIRUL SYAFIQ BIN MOHD NOOR EZANIE(Pink)5 PKM16 A (2 A+, 4 A-)
3MUHAMMAD HAMZAH BIN ABD.RAHIM(Kapten Aspura)5 PKA26 A (2 A, 4A-)
Vokasional
1SITI NUR REHAN BINTI HASSAN5 PPN6 A (3 A+, 2 A, 1 A-)
2MUHAMMAD AFIQ SOLEH BIN MOHD PADZIL5 PPN6 A (2 A+, 3 A, 1 A-)
3MUHAMMAD ASADULLAH BIN AMALUDDIN5 EE26 A (1 A+, 4 A, 1 A-)
4AHMAD YUSOF BIN ABDUL WAHID5 PPU6 A (1 A+, 1 A, 4 A-)
5MOHAMAD KHAIRUL ANWAR BIN ABU BASHRI(Ayam)5 EE16 A (3 A, 3 A-)

CIKGU.....BUDAK HISTERIA. EH BUKAN PULAK

Semasa dalam perjalanan nak mengambil anak petang tadi, kelihatan sekumpulan pelajar perempuan dalam keadaan cemas di belakang Bengkel ABM. Saya datang menghampiri untuk memastikan apa yang berlaku.Ahhh... histeria pulak. Biarkan aje. Nampak bila dia dah boring, berenti le tu,kata saya sambil meminta pelajar lain yang lemah semangat tapi buat-buat berani supaya pergi meninggalkan kawasan tersebut. Kebetulan Pn Roslina pun ada, biarlah dia yang menguruskannya.
Malamnya lain pula ceritanya. Rupa-rupanya bukan histeria, tapi budak tu dipsiko dek budak-budak Form 5 sampai naik sewel.Adoiiiii.....macam-macam masalah lah budak-budak ni. Isunya pun tah apa-apa. Dah takde kerja agaknya. Yang budak Form 4 ni pun satu. Dah tau junior, buatlah cara junior. Tak faham-faham. Yang Form 5 pulak macam bagus sangat. Ada aje benda yang tak betul. Dia orang pun tak ikut peraturan juga. Marahkan orang aje pandai. Ponteng prep lah, lambat keluar asrama lah, pakai seluar pendeklah, baju ketatlah dll. Kat rumah tak pulak buat camtu.
Malamnya, satu perjumpaan antara warden perempuan dan semua pelajar Form 5 Aspuri telah diadakan di Bilik Rekreasi. Pelbagai isu ditimbulkan. Ada yang menangis, ada yang masam je. Ada yang buat muka tak kisah dan macam-macam muka lagi. Harap semuanya selesai dengan baik tanpa ada sebarang perasaan dendam, harapnya.Kalau degil juga atau tak mahu ikut cara asrama ni, duduk dengan nenek sendiri lagi baik. Kalau dah ramai-ramai ni, memang payah. Kenalah pandai menyesuaikan diri dan membawa diri. Harapan saya, semua pelajar dapat memaafkan antara satu sama lain, buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga semua pelajar dapat duduk di asrama dengan harmoni dan selesa. Sayangilah rakan-rakan dan adik-adik Form 4 kita. Mereka juga manusia seperti anda. Kepada yang Form 4, cuba-cubalah sesuaikan diri di asrama. Dah 4 bulan ni, takkan tak sesuai-sesuai lagi.

Monday, April 12, 2010

QIAMULLAIL 1/2010

Pada 11 April 2010, seluruh warga asrama SMVAS telah dikejutkan dengan suara sound system asrama yang kuat. Jam baru 3.00 pagi, siapa pulak yang salah tengok jam ni. Rupa-rupanya Qiamullail. Woi... bangun...bangun. Siapa tidur lagi siap.
Majlis kali ini dibawa oleh Ustaz Muslal Rakiman. Bermula dari jam 3.30 pagi dan tamat jam 6.45 pagi. Mengantuknya...letih kaki, tapi semua pelajar berusaha juga untuk mengikuti program ini sehingga selesai. Ada yang asyik pergi toilet(taktik lama). Ada yang cuba-cuba menyorok(kena juga). Ada yang sujud bapak punya lama(rupanya tidur) dan pelbagai ragam lagi.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan semoga program seumpama ini memberi kesedaran kepada semua pelajar. Terima kasih kepada Pn Roslina, semua warden yang sempat menghadirkan diri dan semua warga asrama SMVAS. Lepas ni bolehlah tiap-tiap kali lepas Maghrib kita buat Sembahyang Tasbih 4 rakaat lagi.

SOJUK....SOJUK...TAPI SODAP







11 April 2010 - 21 pelajar beserta 8 orang warden telah menyertai satu program merehatkan minda di Jeram Toi. Walaupun sudah lama(hampir 10 tahun) menetap di Seremban, inilah kali pertama eden menjojakkan kaki di Jeram Toi.
Semua peserta sungguh teruja untuk sampai di sana dan tak sabar-sabar mahu mandi dengan segera. Sesampainya kami di sana, lain pula ceritanya. Mana ada mandi. Semua orang tak berhenti-henti makan sampai habis semua makanan. Nasib baik ayam BBQ belum masak lagi. Kalau tak gerenti habis juga. Mee hoon goreng dan keropok yang eden siapkan untuk anak-anak pun habis ditala budak-budak ni dengan muka selamba(kurang ajar betul). Nasib baik anak-anak menerima keadaan ini.
Lepas tu, Jeram Toi pun mula menerima terjahan kami(semua orang mandi kecuali Cikgu Norhisham - takut sejuk). Ada yang sibuk memanggang ayam. Ada yang sibuk mandi. Ada yang sibuk usha awek yang mengada-ngada mandi dengan balaknya(ambil kesempatan peluk-peluk pulak tu- maksiat betul). Pendek kata semua orang buat-buat sibuk.
Kesimpulannya, seronok betul semua orang. Lupa sebentar rasa sakit hati dan sakit kepala melihat budak-budak punya masalah. Rasa macam tak puas je pergi kali ini dan mungkin akan repeat sekali lagi pada masa hadapan. Ramai juga yang kat asrama tu sakit hati sebab tak dapat pergi. Sabar...sabar. Akan sampai giliran anda nanti.
Terima kasih kepada semua-terutamanya En Norhisham(ketua rombongan Cik Kiah), semua pelajar, semua warden dll. Moga bertemu dalam program yang lain.

21 PENGHUNI ASRAMA TAWAN PUNCAK GUNUNG DATUK




Pada 10 April 2010 yang lalu, sekumpulan 21 pelajar ditemani 2 orang guru, iaitu En Muhammad Zaharuddin dan En. Azizan Firdaus telah membawa nama asrama SMVAS menyertai Sirkit Mendaki Gunung Datuk anjuran Majlis Belia Negeri Sembilan. Pada pertandingan ini, kita tidak berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan di mana peserta kita berjaya menduduki tempat ke 11 - iaitu Saudara Zulfiqry Hamid(5 Auto) , ke 12 - Kapten Aspura, Muhammad Abdul Hadi Zainuddin(5 EE2) dan 3 lagi pelajar lain yang menduduki tempat bawah dari 20. Walau bagaimanapun, yang penting bukannya kemenangan tetapi penyertaan dan matlamat menyertai program seumpama ini tercapai.Pengalaman seperti ini sukar diperoleh. Ianya hanya berlaku terutamanya pada zaman persekolahan sahaja.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru yang terlibat, dan terima kasih juga kepada pihak sekolah yang sentiasa menyokong program-program di asrama.
Selepas ini, kami akan menyertai satu lagi sirkit iaitu pada 8 Mei 2010 iaitu di Gunung Angsi pula. Kepada pelajar-pelajar dan guru yang berminat, bolehlah berhubung dengan Ketua Warden untuk makluman lanjut.

AL-FATIHAH

Seorang pelajar asrama dari Tingkatan 5 PPU, Zulfitri Zainal Abidin(Dorm A6) telah kehilangan ibu yang beliau sayangi pada 10 April 2010(jam 5.30 petang) di Hospital Kuala Pilah. Allahyarhamah meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi penyakit Diabetes yang beliau deritai. Kami seluruh warga asrama SMVAS turut sama bersedih di atas kehilangan ini dan berharap agar Zulfitri sentiasa tabah menghadapi dugaan ini. Satu majlis Bacaan Yassin dan Tahlil arwah telah diadakan di Surau Ibnu Sina pada malam tersebut. Kami semua mendoakan agar roh ibu beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Satu pungutan derma juga telah diadakan dan sejumlah RM 373.35 telah berjaya dipungut dan akan diserahkan kepada keluarga beliau dengan segera. Marilah sama-sama kita mensedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah ibu beliau. Kepada Zulfitri, jangan bersedih. Inilah lumrah hidup, dan anda ada banyak lagi perkara untuk diteruskan di dunia ini.

Thursday, April 8, 2010

BARISAN WARDEN ASRAMA SMVAS 2010

Inilah barisan warden yang membantu menguruskan asrama SMVAS pada tahun ini.

Berdiri dari kiri :
Cik Radiah Taip, En Mohd Zaharuddin, En Zulkifli, En Azizan Firdaus, En Abdul Razak, En Norhisham(Penolong Ketua Warden), En Adnan, En Mohd Fairus, En Rahmat dan Puan Roslina.
Duduk dari kiri :
En Hasmol(Ketua Warden), En Mohd Amin(GPK Koku-bekas warden), En Hasni(Pengetua), En Ariffin(GPK 1 - bekas GPK HEM & bekas warden) , Tn Hj Yacob(GPK HEM & bekas warden) dan Pn Norazlina.

MESYUARAT PENGURUSAN ASRAMA 4/2010












8 April 2010

Dari jam 1.00 - 3.00 petang telah berlangsung mesyuarat Pengurusan Asrama Kali Ke 4 untuk tahun 2010. Keadaan semasa mesyuarat agak tenang kerana semua ahli mesyuarat telah diumpan dengan makan tengahari terlebih dahulu di Dewan Makan Asrama SMVAS. Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMVAS, dan telah dihadiri oleh Tuan Pengetua, GPK Hem, semua warden, Kaunselor En Zainal, En Mohd Nor Azmi selaku wakil Guru Disiplin, Penyelia Asrama, Juruteknik dan wakil daripada syarikat kawalan keselamatan SMVAS. Pelbagai idea, teguran, nasihat, ingatan dll telah diutarakan bagi memastikan pengurusan asrama berada pada tahap terbaik dan sentiasa pada landasan yang betul. Harapan saya, semoga mesyuarat ini akan menjadi penggerak kepada usaha berterusan ke arah menjadikan asrama SMVAS sebagai antara yang tersohor di Malaysia dan bukannya hanyacakap-cakap kosong yang hanya masuk kanan keluar kiri. Terima kasih kepada semua dan semoga anda semua terus bersemangat dan bersemangat lagi.

PROGRAM BUMI HIJAU ASRAMA SMVAS






Rasanya dah hampir sebulan, seramai 21 pelajar dengan bimbingan En Hasmol meneroka tanah lapang berhampiran Bengkel ABM untuk dijadikan satu tempat yang bermanfaat dan mendatangkan hasil kepada kami semua. Bermula dengan menyangkul tanah gersang yang keras, membina batas, memasang pancang dengan besi katil, menanam benih, menyiram setiap hari, merumput dan membaja, maka lahirlah sebuah tapak pertanian yang nampaknya mula mengeluarkan hasil. Para pelajar juga amat berminat dengan program seumpama ini, hinggakan mereka meluangkan masa sewaktu sesi riadah untuk bersama-sama bergotong royong di kebun ini walaupun tidak bertugas. Kemudian kami melangkah setapak lagi dengan mula membela 5000 ikan keli dalam tangki dan maju selangkah lagi dengan memulakan projek nursery bunga dan anak pokok sayur-sayuran dengan kerjasama kontraktor kebersihan sekolah, Renung Enterprise dengan bantuan Penyelianya, Encik Fauzi.
Para pelajar tidak sabar untuk melihat hasil usaha mereka dan berdoa agar ia akan mendatangkan pulangan yang lumayan kepada mereka. Maju setapak lagi. Kali ini bermula dengan 200 bag cendawan, bermulalah projek yang seterusnya.Harapan saya, moga semuanya berjaya(jangan rugi pulak).
Rupanya malu juga nak jadi penjual sayur ni. Minggu lepas, dah siap isi 5 ikat sayur untuk dijual, tapi rasa malu pula. Akhirnya, bawa balik semula ke rumah dan buangkan dalam tong sampah saja. Tapi kali ini saya gagahkan juga. Eh eh...tak sampai 5 minit, semuanya habis terjual dan dapatlah RM 7 sebagai permulaan kerja ini. Alhamdulillah, moga ianya akan terus meningkat pada masa hadapan.
Saranan saya semasa mesyuarat Pengurusan Asrama tadi, mulakanlah projek baru di kawasan-kawasan lapang lain di asrama bagi membolehkan para pelajar menyumbangkan tenaga mereka yang banyak itu ke arah yang lebih berfaedah. Ramai pelajar yang berminat, cuma perlukan pembimbingnya sahaja.

Wednesday, April 7, 2010

KELAS PEMULIHAN MENGAJI 2010




Seperti tahun-tahun yang lepas, pihak pengurusan asrama meneruskan lagi agenda membantu memulihkan para penghuni asrama yang bermasalah dalam pembacaan Al-Quran. Dengan bantuan Ustaz Muslal Rakiman yang berdedikasi, program ini telah dijalankan dengan jayanya. Terpulanglah kepada para pelajar yang terlibat samada bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri atau sekadar hanya membuang masa anda sahaja.Kelas ini diadakan pada setiap hari Rabu, bermula dari waktu Maghrib dan tamat pada jam 10.00 malam. Terima kasih kepada Pn Roslina Mahmud yang bertindak sebagai penyelaras program ini. Semoga tahap celik Al-Quran meningkat di kalangan warga asrama

USTAZ DZULKARNAIN ASTRO OASIS JEJAK KAKI KE SMVAS



Selepas berbulan-bulan mencuba, akhirnya berjaya juga kami mendapatkan Ustaz Dzul ke Surau Ibnu Sina pada28 Januari yang lalu. Bukan nak kata yang ustaz-ustaz lain tak hebat, cuma aura Ustaz Dzul agak hebat kerana kepetahannya mengendalikan pelbagai program di Astro. Guru dan pelajar yang hadir terpesona mendengar kemerduan suara beliau mengalunkan zikir sepanjang program malam itu. Ceramah yang beliau sampaikan juga padat dengan isi dan memberi maklumat kepada semua. Terima Kasih Ustaz. Moga jumpa lagi di masa hadapan

Monday, April 5, 2010

PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT ASRAMA SMV AMPANGAN 1431 H












Pihak pengurusan asrama juga telah berjaya menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat asrama pada 26 Februari 2010. Dalam program ini semua dorm telah diminta menyediakan kain rentang masing-masing mengikut kreativiti sendiri, asalkan mengikut tema yang telah ditetapkan. Selain dari pertandingan kain rentang, diadakan juga pertandingan pakaian paling kreatif, selawat terbaik dll. Tahniah diucapkan kepada semua penghuni asrama dan juga En Mohd Fairus selaku penyelaras program. Semoga usaha murni ini akan meningkatkan ketaqwaan kita semua kepada Allah swt dan meningkatkan lagi kecintaan kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.