Petang Khamis, 28.11.2010 yang lepas, satu Pertandingan Sajak Antara Dorm telah dilaksanakan di Asrama Sekolah Menengah Vokasional Ampangan. Setiap dorm telah menghantar wakil masing-masing untuk menyertai pertandingan ini. Setiap sajak yang dideklamasi oleh peserta bertemakan 1Malaysia. Menariknya masa pertandingan tersebut, macam-macam ragam dan gaya peserta yang dapat ditonton. Inilah antara peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Tuesday, November 2, 2010
Pertandingan Nasyid Antara Dorm Tingkatan 4
Pada 28.10.2010 telah diadakan Pertandingan Nasyid Peringkat Asrama Sekolah Menengah Vokasional Ampangan iaitu antara dorm tingkatan 4. Sebanyak 8 wakil lelaki dan 4 wakil perempuan berentap untuk menjadi juara nasyid dalam pertandingan tersebut. Pertandingan Nasyid Antara Dorm Tingkatan 4 adalah salah satu program yang dirancang khusus untuk penghuni asram tingkatan 4 untuk memenuhi masa mereka. Diharap program yang dijalankan dapat mengukuhkan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara penghuni asrama.
Thursday, October 28, 2010
Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat
Malam ini, Khamis (28.10.2010) Program Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Peringkat SMV Ampangan 2010 telah diadakan di Surau Ibnu Sina Sekolah Menengah Vokasional Ampangan. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan para pelajar, guru-guru dan penjaga bagi memohon keberkatan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bacaan Yasin dan Solat Hajat dipimpin oleh Ustaz Hj. Muhammad Muhsin bin Sheikh Ahmad, Pengetua Maahad Tahfiz As-Sai'diyyah.
BORANG ISO
- EXCEL LPK 12-2 CERAP
- ISO FORM
- LPK 01 KAWALAN DOKUMEN
- LPK 02 KAWALAN REKOD
- LPK 03 AUDIT DALAMAN
- LPK 05 TINDAKAN PBTLAN
- LPK 07-1 ADUAN MP
- LPK 07-2 ADUAN MP
- LPK 08-1 PNP
- LPK 08-2 PNP
- LPK 09-1 PANITIA
- LPK 09-2 PANITIA
- LPK 10 P JADUAL WAKTU
- LPK 11 PEPERIKSAAN
- LPK 12-1 CERAP
- LPK 12-2 CERAP
- LPK 13 PEMBANGUNAN STAF
- LPK 14 PEROLEHAN
- LPK 15 MESYUARAT
- LPK 16 KERJA MURID
- LPK 17 PENYENGGARAAN
- LPK 18 PENGURUSAN PSS
Tuesday, October 26, 2010
BORANG PENGURUSAN STOR
- BORANG TERIMAAN BARANG-BARANG (KEW. PS 1)
- BORANG LAPORAN TERIMAAN BARANG-BARANG (KEW. PS 2)
- KAD KAWALAN STOK (KEW. PS 3)
- SAMBUNGAN (KEW. PS 3)
- KAD PETAK (KEW. PS 4)
- SENARAI DAFTAR KAD KAWALAN STOK (KEW. PS 5)
- TAMBAHAN BARANG-BARANG STANDARD (KEW. PS 6)
- PENENTUAN KUMPULAN STOK (KEW. PS 7)
- LABEL MASUK-DAHULU-KELUAR-DAHULU (KEW. PS 8)
- SENARAI STOK BERTARIKH LUPUT (KEW. PS 9)
- BORANG PESANAN DAN PENGELUARAN STOK (KEW. PS 10)
- BORANG PERMOHONAN STOK (KEW. PS 11)
- SENARAI PEMBUNGKUSAN (KEW. PS 12)
- LAPORAN KEDUDUKAN STOK (KEW. PS 13)
- LAPORAN PEMERIKSAAN/VERIFIKASI STOR (KEW. PS 14)
- LAPORAN TAHUNAN KESELURUHAN PENGURUSAN STOR (KEW. PS 15)
- LAPORAN TAHUNAN VERIFIKASI STOR (KEW. PS 16)
- PENYATA PELARASAN STOK (KEW. PS 17)
- PERAKUAN AMBIL ALIH (KEW. PS 18)
- LAPORAN PELUPUSAN STOK BERNILAI RENDAH (KEW. PS 19)
- LAPORAN TAHUNAN PELUPUSAN STOK (KEW. PS 20)
- LAPORAN HAPUS KIRA KEKURANGAN STOK BERNILAI RENDAH (KEW. PS 21)
- LAPORAN TAHUNAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA STOK (KEW. PS 22)
PERTANDINGAN DORM
Petang ini akan berlangsungnya pertandingan sajak peringkat dorm diantara pelajar asrama tingkatan 4. Pertandingan akan bermula pada pukul 3.30 petang sehingga pukul 6.00 petang dan akan disambung pada keesokannya pada waktu yang sama. Setiap dorm akan diwakili oleh 3 peserta.
Pada malam ini dan malam esok pula akan berlangsungnya pertandingan nasyid bermula pukul 8.30 malam. Nasyid ini bertemakan '1Malaysia' dan setiap dorm akan mempersembahkan sebuah lagu samada lagu sediada atau dikarang sendiri. Setiap dorm hendaklah menghantar wakil seramai 7 hingga 10 orang.
Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini, para pelajar boleh merujuk di papan kenyataan asrama atau berhubung terus dengan Cik Radiah (Penyelaras aktiviti), En. Kusnin (sajak), En. Zaharuddin (nasyid) ataupun warden-warden yang ada.
Untuk pertandingan lain, sila rujuk takwim asrama di bawah..
Pada malam ini dan malam esok pula akan berlangsungnya pertandingan nasyid bermula pukul 8.30 malam. Nasyid ini bertemakan '1Malaysia' dan setiap dorm akan mempersembahkan sebuah lagu samada lagu sediada atau dikarang sendiri. Setiap dorm hendaklah menghantar wakil seramai 7 hingga 10 orang.
Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini, para pelajar boleh merujuk di papan kenyataan asrama atau berhubung terus dengan Cik Radiah (Penyelaras aktiviti), En. Kusnin (sajak), En. Zaharuddin (nasyid) ataupun warden-warden yang ada.
Untuk pertandingan lain, sila rujuk takwim asrama di bawah..
Kebakaran Di Dorm B9 Aspura
Malang tidak berbau .. hari ini kebakaran berlaku di asrama putera. Kejadian berlaku pada sebelah pagi ketika semua pelajar dan guru sedang berhimpun di Dewan Bestari Budiman (Dewan Sekolah) sempena Perhimpunan Mingguan Sekolah. Semasa perhimpunan sedang berlangsung, seorang pengawal keselamatan (Pn. Kajliana) yang kebetulan berada di Post Pengawal asrama mendapati kepulan asap sedang keluar dari tingkat atas Blok B tingkatan 4 aspura. Beliau lantas menghubungi rakan setugas di Pos Utama (Encik Khidir) dan seterusnya memberitahu beberapa pengawas dan guru yang berada di tapak perhimpunan. Pihak sekolah terus menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat. Loceng keselamatan serta merta dibunyikan. Saya telah mengarahkan semua pelajar untuk terus kekal berada di Dewan Perhimpunan bagi memudahkan kawalan. Tambah pula ia terletak jauh dari lokasi kebakaran. Kedatangan pelajar, guru dan staff sokongan pejabat telah diambil dan didapati semua berada pada bilangan yang mencukupi dan dalam keadaan selamat. Rumah Pam Hose Reel telah dihidupkan dan beberapa unit Fire Extingusher juga telah digunakan oleh beberapa orang guru dan staf kawalan keselamatan untuk cuba memadamkan kebakaran. Malangnya asap yang tebal menyukarkan kerja pemadaman. Guru-guru dan staff telah mengeluarkan baki tilam-tilam yang terbakar dari dorm tersebut. Pasukan Bomba sampai pada pukul 8.30 pagi dan seterusnya berjaya memadamkan api dalam masa lebih kurang 10 minit. Punca kebakaran sedang disiasat oleh pihak Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak Polis.



(Di petik dari Blog Pengetua)
Friday, October 22, 2010
AKTIVITI PELAJAR TING 4 SELEPAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIRANCANG
| BIL | AKTIVITI | WARDEN | PESERTA | WAKTU |
| 1 | PERTANDINGAN NASYID | EN ZAHARUDIN | 7 – 10 ORG | MALAM |
| 2 | PERTANDINGAN SKETSA/LAKONAN PENDEK | PN NORAZLINA | 7 – 10 ORG | MALAM |
| 3 | PERTANDINGAN ‘RAJA LAWAK’ SMVAS | EN ABD RAZAK | 1 – 3 ORG | MALAM |
| 4 | PERTANDINGAN CATUR | EN RAHMAT JAPA | 1 – 3 ORG | PETANG |
| 5 | ‘TREASURE HUNT’ | PN ROSLINA MAHMUD | 5 – 7 ORG | PAGI AHAD |
| 6 | PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK | EN KUSNIN | 1 – 3 ORG | PETANG |
| 7 | TAYANGAN VIDEO (MALAM) | EN MOHD FAIRUS | SEMUA | MALAM ‘FREE’ |
| 8 | PERTANDINGAN KAWAD KAKI | EN ADNAN AZIZ | SEMUA | LATIHAN SETIAP PETANG |
| 9 | PERMAINAN IQ | CIK RADIAH | 3 – 5 ORG | PETANG |
| 10 | PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP | EN NORHISHAM | 3 – 6 ORG | LATIHAN SETIAP MALAM |
| 11 |
|
|
|
|
Tarikh pertandingan, sila rujuk Takwim Asrama di bawah..
Subscribe to:
Posts (Atom)