Monday, January 3, 2011

Pelajar Asrama Tingkatan 5 telah selamat mendaftar

Semalam pelajar asrama tingkatan 5 telah selamat mendaftarkan diri di Asrama Sekolah Menengah Vokasional Ampangan. Mereka adalah pelajar yang dipilih pada sesi pemilihan yang dilakukan sesi lepas atas pencapaian, sahsiah dan disiplin. Diharapkan pelajar yang terpilih untuk menghuni asrama SMVAS pada sesi ini menghargai peluang yang diberi dan berusaha untuk memperbaiki tahap disiplin, sahsiah dan pencapaian akademik khususnya. Wujudkanlah suasana yang aman dan tenteram serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain supaya tidak berlakunya apa-apa tragedi yang tidak diingini.

Pada hari Rabu nanti, pelajar tingkatan 4 pula akan mendaftarkan diri di asrama. Diharapkan pelajar tingkatan dapat memberi tunjuk ajar dan kerjasama kepada pelajar tingkatan yang akan mendaftar nanti. Anggaplah mereka sebagai adik-adik anda sendiri. Jangan pula cuba untuk mengambil kesempatan ke atas mereka kerana hukuman yang berat boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang membuli.

1 comment:

sAaT TerAkHiR said...

segala urusan pasti akan berjaya sekiranyew semua pihak saling berkerjasama
BERI YANG TERBAIK KEPADA ADIK2 YANG BARU MENDAFTAR PADA 5.01.11 NANTI
KEPADA AHLI JAWATAN KUASA ASRAMA TUNJUKKAN PRETASI YANG TERBAIK ANDA
LAKUKAN SEHABIS BAIK