Thursday, October 28, 2010

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat

Malam ini, Khamis (28.10.2010) Program Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Peringkat SMV Ampangan 2010 telah diadakan di Surau Ibnu Sina Sekolah Menengah Vokasional Ampangan. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan para pelajar, guru-guru dan penjaga bagi memohon keberkatan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bacaan Yasin dan Solat Hajat dipimpin oleh Ustaz Hj. Muhammad Muhsin bin Sheikh Ahmad, Pengetua Maahad Tahfiz As-Sai'diyyah.



































BORANG ISO

Tuesday, October 26, 2010

BORANG PENGURUSAN STOR

  1. BORANG TERIMAAN BARANG-BARANG (KEW. PS 1)
  2. BORANG LAPORAN TERIMAAN BARANG-BARANG (KEW. PS 2)
  3. KAD KAWALAN STOK (KEW. PS 3)
  4. SAMBUNGAN (KEW. PS 3)
  5. KAD PETAK (KEW. PS 4)
  6. SENARAI DAFTAR KAD KAWALAN STOK (KEW. PS 5)
  7. TAMBAHAN BARANG-BARANG STANDARD (KEW. PS 6)
  8. PENENTUAN KUMPULAN STOK (KEW. PS 7)
  9. LABEL MASUK-DAHULU-KELUAR-DAHULU (KEW. PS 8)
  10. SENARAI STOK BERTARIKH LUPUT (KEW. PS 9)
  11. BORANG PESANAN DAN PENGELUARAN STOK (KEW. PS 10)
  12. BORANG PERMOHONAN STOK (KEW. PS 11)
  13. SENARAI PEMBUNGKUSAN (KEW. PS 12)
  14. LAPORAN KEDUDUKAN STOK (KEW. PS 13)
  15. LAPORAN PEMERIKSAAN/VERIFIKASI STOR (KEW. PS 14)
  16. LAPORAN TAHUNAN KESELURUHAN PENGURUSAN STOR (KEW. PS 15)
  17. LAPORAN TAHUNAN VERIFIKASI STOR (KEW. PS 16)
  18. PENYATA PELARASAN STOK (KEW. PS 17)
  19. PERAKUAN AMBIL ALIH (KEW. PS 18)
  20. LAPORAN PELUPUSAN STOK BERNILAI RENDAH (KEW. PS 19)
  21. LAPORAN TAHUNAN PELUPUSAN STOK (KEW. PS 20)
  22. LAPORAN HAPUS KIRA KEKURANGAN STOK BERNILAI RENDAH (KEW. PS 21)
  23. LAPORAN TAHUNAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA STOK (KEW. PS 22)

PERTANDINGAN DORM

Petang ini akan berlangsungnya pertandingan sajak peringkat dorm diantara pelajar asrama tingkatan 4. Pertandingan akan bermula pada pukul 3.30 petang sehingga pukul 6.00 petang dan akan disambung pada keesokannya pada waktu yang sama. Setiap dorm akan diwakili oleh 3 peserta.

Pada malam ini dan malam esok pula akan berlangsungnya pertandingan nasyid bermula pukul 8.30 malam. Nasyid ini bertemakan '1Malaysia' dan setiap dorm akan mempersembahkan sebuah lagu samada lagu sediada atau dikarang sendiri. Setiap dorm hendaklah menghantar wakil seramai 7 hingga 10 orang.

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini, para pelajar boleh merujuk di papan kenyataan asrama atau berhubung terus dengan Cik Radiah (Penyelaras aktiviti), En. Kusnin (sajak), En. Zaharuddin (nasyid) ataupun warden-warden yang ada.

Untuk pertandingan lain, sila rujuk takwim asrama di bawah..

Kebakaran Di Dorm B9 Aspura

Malang tidak berbau .. hari ini kebakaran berlaku di asrama putera. Kejadian berlaku pada sebelah pagi ketika semua pelajar dan guru sedang berhimpun di Dewan Bestari Budiman (Dewan Sekolah) sempena Perhimpunan Mingguan Sekolah. Semasa perhimpunan sedang berlangsung, seorang pengawal keselamatan (Pn. Kajliana) yang kebetulan berada di Post Pengawal asrama mendapati kepulan asap sedang keluar dari tingkat atas Blok B tingkatan 4 aspura. Beliau lantas menghubungi rakan setugas di Pos Utama (Encik Khidir) dan seterusnya memberitahu beberapa pengawas dan guru yang berada di tapak perhimpunan. Pihak sekolah terus menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat. Loceng keselamatan serta merta dibunyikan. Saya telah mengarahkan semua pelajar untuk terus kekal berada di Dewan Perhimpunan bagi memudahkan kawalan. Tambah pula ia terletak jauh dari lokasi kebakaran. Kedatangan pelajar, guru dan staff sokongan pejabat telah diambil dan didapati semua berada pada bilangan yang mencukupi dan dalam keadaan selamat. Rumah Pam Hose Reel telah dihidupkan dan beberapa unit Fire Extingusher juga telah digunakan oleh beberapa orang guru dan staf kawalan keselamatan untuk cuba memadamkan kebakaran. Malangnya asap yang tebal menyukarkan kerja pemadaman. Guru-guru dan staff telah mengeluarkan baki tilam-tilam yang terbakar dari dorm tersebut. Pasukan Bomba sampai pada pukul 8.30 pagi dan seterusnya berjaya memadamkan api dalam masa lebih kurang 10 minit. Punca kebakaran sedang disiasat oleh pihak Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak Polis.



(Di petik dari Blog Pengetua)

Friday, October 22, 2010

AKTIVITI PELAJAR TING 4 SELEPAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIRANCANG

BIL

AKTIVITI

WARDEN

PESERTA

WAKTU

1

PERTANDINGAN NASYID

EN ZAHARUDIN

7 – 10 ORG

MALAM

2

PERTANDINGAN SKETSA/LAKONAN PENDEK

PN NORAZLINA

7 – 10 ORG

MALAM

3

PERTANDINGAN ‘RAJA LAWAK’ SMVAS

EN ABD RAZAK

1 – 3 ORG

MALAM

4

PERTANDINGAN CATUR

EN RAHMAT JAPA

1 – 3 ORG

PETANG

5

‘TREASURE HUNT’

PN ROSLINA MAHMUD

5 – 7 ORG

PAGI AHAD

6

PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK

EN KUSNIN

1 – 3 ORG

PETANG

7

TAYANGAN VIDEO (MALAM)

EN MOHD FAIRUS

SEMUA

MALAM ‘FREE’

8

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

EN ADNAN AZIZ

SEMUA

LATIHAN SETIAP PETANG

9

PERMAINAN IQ

CIK RADIAH

3 – 5 ORG

PETANG

10

PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP

EN NORHISHAM

3 – 6 ORG

LATIHAN SETIAP MALAM

11







Tarikh pertandingan, sila rujuk Takwim Asrama di bawah..

TIPS MENANGANI STRESS

Sunday, October 17, 2010

Lawatan AJK Asrama ke Cameron Highland


Pada hari Sabtu, 16 Oktober 2010, seramai 32 orang AJK Asrama SMVAS telah mengadakan lawatan ke Cameron Highland. Rombongan ini diiringi oleh 6 orang warden dan pembantu warden iaitu Cikgu Hisham, Cikgu Fairus, En. Rahmat, Cikgu Radiah, Cikgu Kusnin dan Cikgu Zaharuddin. Ketua rombongan pula ialah Cikgu Razali.

Rombongan ini bertolak dari sekolah pada pukul 5.00 pagi dan singgah untuk solat subuh di R&R. Selepas itu kami meneruskan perjalanan. Antara tempat yang dilawati ialah Stesen Mardi Cameron Highland, Ladang Teh BOH Sungei Pallas, Cactus Point, Ladang Strawbery dan Air terjun Lata Iskandar.

Lawatan ini banyak memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada kami semua dan melupakan sekejap tugasan di sekolah untuk menenangkan fikiran. Pada Keesokannya kami bergerak pulang dan sampai di sekolah kira-kira pukul 9.00 malam.

Inilah bas yang digunakan semasa rombongan melawat Cameron Highland.

Doa selamat dibaca oleh Luth sebelum bas bertolak pada pagi Sabtu.
Ketua warden dan famili.

Antara warden yang mengiringi lawatan ke Cameron.

Wajah-wajah AJK yang kegembiraan.



RAHSIA PELAJAR CEMERLANG

Thursday, October 14, 2010

Mesyuarat Pengurusan Asrama Ke-10









Mesyuarat Pengurusan Asrama Ke-10 telah diadakan pada 13/10/2010 jam 8.30 malam. Mesyuarat yang diadakan untuk membincangkan hal-hal pengurusan asrama termasuk jadual tugas warden, takwim asrama dan progres aktiviti yang telah dirancang, dilaksanakan dan akan dilaksanakan pada masa akan datang. Mesyuarat yang turut dihadiri oleh pihak pengurusan sekolah termasuk Pengetua, En. Hasni bin Dolmat dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Hj. Yaacob bin Mansor dipengerusikan oleh Ketua Warden, En. Norhisham bin Osman. Kesudian Tuan Pengetua dan GPK HEM untuk hadir ke mesyuarat ini mencerminkan pihak pengurusan sekolah mengambil berat hal ehwal dan kebajikan warden dan pelajar asrama. Dengan sokongan tersebut dapatlah menyuntik semangat warden-warden asrama untuk bertugas dengan lebih berkesan dan efisien dan juga memberi motivasi kepada para penghuni asrama. Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah dan semua yang memberi kerjasama kepada pihak pengurusan dalam menggalas tanggungjawab ini.