Friday, August 13, 2010

KEBERKATAN BERPUASA DI ASRAMA..

Ceria ketika menunggu waktu berbuka..


kicap pun di sediakan...

buat apa tu bang....khusyuknya...


Bersabar semasa menggambil makanan..


Berapa orang makan ni..???


tak cukup jag... cawan lagi...


Cikgu Adnan setia memantau pelajar sambil menunggu untuk
sama-sama berbuka bersama pelajar..


Bersedia untuk Solat Isyak dan Solat sunat Tarawwih berjamaah...



Pelajar Aspuri tidak ketinggalan...


Juadah untuk moreh....

Pada hari Rabu bertarikh 11hb Ogos 2010 bermulanya hari pertama kita semua berpuasa, bagi penghuni-penghuni asrama SMV Ampangan, mereka juga tidak ketinggalan bersama menyambut bulan yang penuh keberkatan ini. Pihak pengurusan asrama juga tidak ketinggalan untuk merancang dan menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang berbentuk permurnian rohani khasnya untuk pengisian bagi semua penghuni-penghuni asrama. Selain itu juga makanan yang disediakan untuk berbuka dan bersahur juga di beri penambahan supaya pelajar kekal sihat dan cergas. Beberapa warden asrama juga turut sama berbuka bersama pelajar supaya pelajar tidak terasa berjauhan dengan keluarga masing-masing manakala pada sebelah malamnya pula pelajar akan bersama-sama menunaikan solat sunat Tarawwih dengan bimbingan ustaz yang di jemput khas iaitu Ustaz Sharul Anwar dan Ustaz Mohd Zailani . Semoga kedatangan Bulan Ramadhan akan lebih menambahkan keberkatan terutamanya untuk semua warga Asrama. Inssyaallah..









Thursday, August 12, 2010

Gotong Royong Perdana (Bhg. Asrama)

Cikgu Radiah bersama askarnya membersihkan sekeliling
persekitaran asrama.
Sampai bersih kipas dibuatnya...


Semaknya....

Bersungguh-sungguh nampaknya Cikgu Fairus.










Friday, July 30, 2010

KEM MOTIVASI PERDANA SMVAS


Selamat datang diucapkan kepada guru-guru terlibat dan pelajar-pelajar luar yang akan bermukim di asrama smvas dari 30 julai hingga 1 ogos 2010.Diharapkan anda semua akan merasa selesa tinggal diasrama smvas seperti seadanya.Kami barisan warden akan cuba memberikan apa jua bantuan yang diperlukan dari masa kesemasa.Sayugia diingatkan kepada pelajar-pelajar yang mendiami blok asrama pelajar tingkatan 4 agar sama-sama menjaga keceriaan dan keselamatam apa jua barang yang terdapat didorm tersebut dan ingatlah pepatah ini "orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa". Jumpa disana...sana....sana...

Sekian,
Barisan Warden SMVAS

GAMBAR

Wednesday, July 28, 2010

PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN PENGAWAS ASRAMA TING 4 SESI 2010/2011




Bertarikh 26hb Julai 2010, satu sesi pemilihan dan perlantikan Pengawas Asrama bagi tahun 2010/2011 telah dilaksanakan bertempat di Pejabat Warden Asrama SMVAS, pemilihan tersebut telah dilaksanakan dan dinilai oleh semua warden supaya Pengawas yang dipilih benar-benar mencapai tahap 'piawaian' yang ditetapkan. Kapten Aspura dan Aspuri juga dipilih berdasarkan kredibiliti dan kata sepakat antara para penghuni asrama serta persetujuan daripada pihak warden.. Tahniah diucapkan.. Semoga perlantikan mereka akan memudahkan dan melancarkan lagi segala program dan aktiviti yang akan dijalankan di asrama..

SELAMAT BERPINDAH....TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI

Untuk Cikgu Hasmol Watan.. Terima Kasih di ucapkan atas jasa-jasa mu selama 3 tahun menjadi Ketua Warden di Asrama SMVAS.. Jasa Baktimu tidak dilupakan, jerih pedih dan penat lelah melayan kerenah penghuni asrama bersama akan menjadi memori indah sebagai kenangan...tapi apakan daya.. Cikgu Hasmol tidak lagi menjadi milik kita.. mungkin beliau akan lebih bergembira di Sekolah barunya nanti, kita doakan lah.. Kita di sini akan meneruskan perjuangan menggapai impian dan matlamat, terutama pelajar Tingkatan 5.. impian kejayaan cemerlang dalam SPM fokus utama..Bersedialah Peperiksaan SPM semakin tidak sabar untuk berjumpa denganmu....


Kenangan dari cikgu azmi....geng ragbi tu...hai takkan gambar je kot...


Kenangan dari ketua aspuri


kenangan dari ketua aspura....bosar kotak kocik isinya tu...che'mol


Ini pulak dari barisan warden....canggih tu....


Hai.. che'mol takkan monung kot....potong jolah kek tu...apo laie...cikgu epin dah tonung semacam jer tu...


ahhh...dah potong pun....jangan terpotong bondo lain sudah..


barisan tetamu-tetamu jemputan yang hadir....terima kasih semua....


kambadi.....kambadi....kambadi.....kambalikanlah.....
 

pissssss.............


aiiii.....apo nak buek lepaih nih.....


Tuesday, July 20, 2010

CATATAN TERAKHIR DARIKU.....SELAMAT TINGGAL SMVAS

Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ini.Gembira..serba salah..terkejut..tak percaya dll. Setelah 10 tahun 22 hari menabur bakti di SMVAS, akhirnya pada 25 Julai ini nanti(sepatutnya 16 Julai) akan berakhirlah sudah khidmat saya sebagai pendidik di sekolah ini dan tamatlah sudah khidmat sebagai Warden dan Ketua Warden di sini. Memanglah pertukaran ini saya minta, tetapi rasa berat pula hati ini untuk melangkah meninggalkan sekolah ini. Ia bagaikan sudah menjadi darah daging dan sebati dengan hidup saya dan keluarga saya.Inilah kampung saya, tempat saya dan anak-anak bermain, dan saya sebagai Tok Penghulunya. Pelbagai pengalaman, pahit manis, kejayaan, kegagalan, gelak ketawa, sedih dll yang saya rasai sepanjang berada di sini. SMVAS telah mematangkan saya dan melatih saya menjadi guru seperti mana saya sekarang. Tetapi hidup mesti diteruskan. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Walau bagaimanapun, saya masih akan kerap di sini memandangkan isteri saya masih menetap di Kuarters Guru sekolah ini atas ehsan Tuan Pengetua, mungkin untuk tempoh yang tidak lama. Saya ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan guru, rakan-rakan warden, staf sekolah, para pelajar, semua Hurricanes & X-Hurricanes dan semua penghuni & bekas penghuni asrama. Tanpa anda semua siapalah saya. Mohon maaf jika ada sebarang salah laku atau kekasaran sepanjang berada di sini. Harapan saya moga SMVAS akan terus maju di masa hadapan. Kepada semua warga asrama, saya sayang anda semua. Kepada pemain-pemain ragbi, teruskanlah kecemerlangan sukan ini di sekolah kita. Kepada rakan-rakan guru, terima kasih atas kerjasama, tunjuk ajar,nasihat dan kerana menjadi rakan yang baik untuk saya. Kepada rakan-rakan warden, terima kasih kerana membantu saya sama-sama memajukan asrama. Tiada kejayaan akan datang tanpa kerjasama yang erat antara kita. SELAMAT TINGGAL SMVAS.TERIMALAH AKU SEADANYA SMV DATO' SERI MD ZAIN-eden orang Melako, bukan Ghembau...jangan risau

Saturday, July 17, 2010

MERIAHNYA HARI TERBUKA ASRAMA




Selepas hampir sebulan membuat persediaan, akhirnya tibalah hari yang dinantikan-HARI TERBUKA ASRAMA 2010- yang julung kali diadakan. Berpeluh juga nakmenganjurkan program ni. Takde pengalaman lah katakan. Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan program ini-khususnya kepada para warden, para Pengawas Asrama, guru-guru,semua penghuni asrama, agensi-agensi kerajaan, IPT/S, para peserta dari sekolah-sekolah lain dll yang tidak sempat dirakamkan di sini. Tidak lupa juga kepada Planetarium Negara, Nestle Foods Chembong Factory, Menara Taming Sari Melaka dan lain-lain sponsor yang menyumbangkan souvenir bagi membantu memeriahkan lagi suasana program. Keseluruhannya, semuanya berjalan dengan lancar dan meriah sekali.Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang hari. Susah nak diceritakan di sini. Tengoklah slaid yang disertakan untuk gambaran sebenar hari bersejarah ini. Diharap semua pengunjung terhibur dan berpuas hati. Jika ada sebarang salah dan silap serta sebarang kecacatan dalam penganjuran program ini, ampun dan maaf dihulur. Moga ia akan menjadi lebih baik lagi pada tahun hadapan. Siapalah agaknya Penyelarasnya tahun hadapan.....TUNGGU

Thursday, July 15, 2010

JEMPUTAN KE HARI TERBUKA ASRAMA 2010



Majlis ini akan diadakan pada 17 Julai 2010(Sabtu) bermula jam 10.00 pagi. Ia diadakan serentak dengan Program Titian Emas & Hari Anugerah Kecemerlangan SMVAS 2010. Sehubungan itu, dijemput semua warga SMVAS, para ibu bapa, bekas-bekas pelajar & seluruh masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini. Pelbagai program telah diatur seperti gerai-gerai jualan, pameran dari agensi kerajaan & IPT, jualan produk-produk keluaran pengusaha tempatan, pertandingan futsal, tarik tali, sepak raga bulatan & touch rugby. Selain itu pelbagai permainan lain turut diadakan. Para pengunjung juga boleh melawat ke persekitaran asrama untuk mengenali lebih dekat lagi asrama SMVAS. DATANG.....JANGAN TAK DATANG.

Tuesday, July 13, 2010

PAMERAN BERGERAK AADK SEMPENA HARI TERBUKA ASRAMA


Pagi ini telah berlangsung satu pameran AADK yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran bahaya najis dadah kepada para pelajar. Sebenarnya kami berniat untuk memanggil bas pameran ini semasa Hari Terbuka Asrama, tetapi memandangkan ketatnya jadual mereka, maka terpaksalah diadakan hari ini. Semua warga SMVAS termasuk guru-guru telah bersama-sama menyaksikan pameran ini.

Monday, July 12, 2010

DAH DAPEK ORANGNYA.....






Hasil dari risikan dari PI yang tak bertauliah, akhirnya si 'musang' yang telah menjahanamkan alat pemadam api di asrama baru-baru ini telah tertangkap. Allah tetap menolong orang yang teraniaya...percayalah. Petualang 2 ekor ni ialah Mohd Akim Razali(4 KFL) dan Mohd Ajmal(kalau tak silap) - 4 BB2. Kalau ada guru tingkatan yang terbaca, ambillah tindakan. Apa pula tindakan pihak sekolah agaknya. Mamat 2 ekor ni memang sentiasa menyusahkan orang aje kerjanya. Dari merokok, menjual rokok, fly, ponteng, bohong, bawa handphone dll....tak terkira banyaknya. Istilah yang sesuai....merugikan duit kerajaan memberi makan kat asrama aje. Kita tunggu apa tindakan yang sewajarnya dari pihak sekolah. Harapan saya, ibu bapa mereka pun turut membaca catatan dari blog ini juga harapnya. Kepada pelajar yang lain, jangan tiru aksi tak bertamadun ini.Kok terbakar asrama ni nanti, nak padam dengan apa?Pakai air ludah/air kencing aje lah nampaknya.

Sunday, July 11, 2010

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL ASRAMA SMVAS 2010






10 JULAI 2010 - Satu Pertandingan bagi mempopularkan sukan tradisional di kalangan warga asrama telah dilaksanakan di asrama. 2 jenis permainan telah dipertandingkan iaitu sepak raga bulatan bagi lelaki dan galah panjang bagi perempuan. Pertandingan ini telah dilangsungkan di Gelanggang Bola Tampar SMVAS dan diselia oleh En Norhisham Osman. Pertandingan ini telah berlangsung dengan begitu meriah dan kecoh sekali, bermula seawal jam 9.00 pagi lagi. Rasa seronok betul para pelajar ni...mungkin kerana jarang main permainan macam ni kot.Cuaca yang panas tidak mengganggu konsentrasi para peserta, asalkan dorm masing-masing menang. Semangat Dorm semakin menebal nampaknya.Baguslah macam tu. Moga hubungan akan berkekalan sampai ke akhir hayat. Keputusannya, bagi Aspura(Sepak Raga Bulatan) : Johan Dorm A3(Cerdas), Naib Johan Dorm B2(Jujur)dan ketiga Dorm B9(Syukur) manakala bagi Aspuri(Galah Panjang) Johannya ialah Dorm D4(Maisarah), Naib Johan Dorm C6(Suaibatul Islamiyah) dan ketiga Dorm D5(Sumaiyyah). Tahniah kepada semua pemenang. Moga jumpa lagi dalam kejohanan yang sama tahun hadapan.

NASIB SI SURAT KHABAR.....KESIAN






Jika dilihat dari gambar-gambar yang ditunjukkan, apakah perasaan anda semua? Inilah dia sikap pelajar sekarang, tidak menghargai langsung kemudahan yang disediakan walaupun telah berulang kali diingatkan tentang perkara ini. Kalau ditarik balik kemudahan ini nanti, banyak pula ceritanya. Tapi tengoklah sendiri. Rasanya baik pihak sekolah hentikan saja naskah akhbar kepada pelajar. Rasanya tak sampai 10 orang pun dapat baca. Hari-hari kena check ada tak surat khabar hari ni. Selalunya , ada je ****** yang bawa akhbar ni ke bilik . Ataupun, jika dah habis dibacanya, habis semua ditanggal-tanggalkan, lepas tu tak tau nak letak semula. Siapa pulak yang nak kasi kemas sepanjang masa. Tak prihatin langsung dengan orang lain. Jenis tak berbudi bahasa...penting diri sendiri... suka menyusahkan orang lain...dll. RENUNG-RENUNGKANLAH

PERSIAPAN HARI TERBUKA ASRAMA 2010


Semua warga asrama hari ini mengerah tenaga bersama-sama membersih dan mengindahkan kawasan asrama agar bersedia untuk Hari Terbuka Asrama yang julung-julung kali diadakan pada 17 Julai 2010(Sabtu) nanti, serentak dengan berlangsungnya Program Titian Emas & Hari Anugerah Kecemerlangan SMVAS.Diharap para ibu bapa, warga SMVAS dan seluruh ahhli masyarakat, terutamanya di sekitar Ampangan ini akan sama-sama hadir bagi memeriahkan lagi hari tersebut. Pelbagai kerja pembersihan dilakukan dan nampaknya warga asrama nampak cukup bersemangat untuk hari tersebut. Syabas diucapkan. Sayang juga korang kat asrama ye....