Sunday, October 17, 2010

Lawatan AJK Asrama ke Cameron Highland


Pada hari Sabtu, 16 Oktober 2010, seramai 32 orang AJK Asrama SMVAS telah mengadakan lawatan ke Cameron Highland. Rombongan ini diiringi oleh 6 orang warden dan pembantu warden iaitu Cikgu Hisham, Cikgu Fairus, En. Rahmat, Cikgu Radiah, Cikgu Kusnin dan Cikgu Zaharuddin. Ketua rombongan pula ialah Cikgu Razali.

Rombongan ini bertolak dari sekolah pada pukul 5.00 pagi dan singgah untuk solat subuh di R&R. Selepas itu kami meneruskan perjalanan. Antara tempat yang dilawati ialah Stesen Mardi Cameron Highland, Ladang Teh BOH Sungei Pallas, Cactus Point, Ladang Strawbery dan Air terjun Lata Iskandar.

Lawatan ini banyak memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada kami semua dan melupakan sekejap tugasan di sekolah untuk menenangkan fikiran. Pada Keesokannya kami bergerak pulang dan sampai di sekolah kira-kira pukul 9.00 malam.

Inilah bas yang digunakan semasa rombongan melawat Cameron Highland.

Doa selamat dibaca oleh Luth sebelum bas bertolak pada pagi Sabtu.
Ketua warden dan famili.

Antara warden yang mengiringi lawatan ke Cameron.

Wajah-wajah AJK yang kegembiraan.



RAHSIA PELAJAR CEMERLANG

Thursday, October 14, 2010

Mesyuarat Pengurusan Asrama Ke-10









Mesyuarat Pengurusan Asrama Ke-10 telah diadakan pada 13/10/2010 jam 8.30 malam. Mesyuarat yang diadakan untuk membincangkan hal-hal pengurusan asrama termasuk jadual tugas warden, takwim asrama dan progres aktiviti yang telah dirancang, dilaksanakan dan akan dilaksanakan pada masa akan datang. Mesyuarat yang turut dihadiri oleh pihak pengurusan sekolah termasuk Pengetua, En. Hasni bin Dolmat dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Hj. Yaacob bin Mansor dipengerusikan oleh Ketua Warden, En. Norhisham bin Osman. Kesudian Tuan Pengetua dan GPK HEM untuk hadir ke mesyuarat ini mencerminkan pihak pengurusan sekolah mengambil berat hal ehwal dan kebajikan warden dan pelajar asrama. Dengan sokongan tersebut dapatlah menyuntik semangat warden-warden asrama untuk bertugas dengan lebih berkesan dan efisien dan juga memberi motivasi kepada para penghuni asrama. Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah dan semua yang memberi kerjasama kepada pihak pengurusan dalam menggalas tanggungjawab ini.

Saturday, October 9, 2010

Aktiviti Penghuni Asrama Tingkatan 4 Akhir Tahun 2010

Jamuan Aidilfitri Mentor-mentee

Bertempat di Pinggiran Harmoni..



Siap hiasan belon...ringkas tapi meriah..

Beratur untuk menggambil makanan...


Hidangan untuk VVIP...



Juadah utama...SATE...tidak ketinggalan..

Antara tetamu jemputan yang sudi meluangkan masa

untuk bersama memeriahkan majlis...




Sementara Bulan Syawal masih ada, satu majlis jamuan aidilfitri ringkas tapi penuh bermakna telah dilaksanakan oleh kumpulan mentee di bawah seliaan En. Fairus B Johari bertempat di Pinggiran Harmoni SMVAS. Walaupun juadah yang terhidang tidaklah se'gah' mana.. tetapi majlis yang berlangsung begitu bermakna dan dapat merapatkan lagi ukuwah antara mereka... mereka semua bersama-sama bergotong royong memasak, menghias tempat
dan juga makan bersama... Tidak ketinggalan juga kepada warden-warden termasuk Ketua Warden yang sudi meluangkan masa semata-mata untuk memastikan pelajar-pelajar ini merasakan mereka sentiasa didampingi walaupun berjauhan dengan keluarga.... Tahniah untuk semua....

Sunday, September 26, 2010

Demi Masa!!

Betapa berharganya masa sehingga Allah S.W.T. bersumpah dalam kitab suci Al-Quran, "Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-'Asr:1-3)".

Masa tidak pernah menunggu kita walaupun sesaat dan kita tidak akan dapat kembali walaupun sesaat. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan setiap saat yang ada dengan betul dan sewajarnya supaya kita tidak tergolong dalam golongan manusia yang rugi. Masa haruslah diisi dengan amalan-amalan yang bermanfaat dan tidak melalaikan kerana setiap perbuatan samaada baik ataupun buruk akan dibalas pada hari akhirat nanti.

Bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan pula, hargailah masa yang ada dengan sebaik mungkin supaya usaha yang dilakukan pada hari ini membuahkan hasil yang lumayan pada masa depan. Sambil khusyuk mengulangkaji pelajaran, jangan lupa bertawakal kepada Allah S.W.T. dengan melakukan sunat hajat. Banyakkanlah berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan kita.

DOWNLOAD

Badminton




Panorama Aspura & Aspuri

Panorama Aspura


Panorama Aspuri


Saturday, September 25, 2010

Jamuan Hari Raya Asrama

Ketibaan Tuan Pengetua


Ketibaan VIP


Pelajar Aspuri


Pelajar Aspuri


Antara makanan yang disediakan


Antara VIP yang hadir


Persembahan pelajar


Bekas Ketua Warden juga hadir


Ucapan Ketua Warden


Ucapan Tuan Pengetua



Pada 25.9 2010, pihak asrama SMVAS telah mengadakan satu Majlis Jamuan Hari Raya bertempat di Dewan Bestari Budiman, SMVAS. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Pengetua, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Guru Kanan Mata Pelajaran dan tidak ketinggalan Bekas Ketua Warden SMVAS serta tetamu lain. Pelbagai juadah disajikan seperti satay, ayam goreng, mihun, kuih koci, lemang, karipap, rendang dan cendol. Ada juga persembahan dikalangan pelajar asrama yang mendendangkan lagu-lagu raya. Malam tersebut juga disampaikan sijil penghargaan kepada semua AJK Asrama Tingkatan 5 yang telah tamat tugas mereka.

Jadual Ujian Gerak Gempur SPM

Ujian Gerak Gempur SPM akan bermula pada 19.10.2010. Di harap semua pelajar bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan akan mendapat keputusan yang terbaik untuk SPM nanti. Semoga berjaya!!

Forum Perdana Ehwal Islam















Pada 24.9.2010, seramai 25 orang pelajar asrama SMV Ampangan diiringi oleh AEn. Muhamad Zaharuddin B. Ismail telah menghadiri Forum Perdana ehwal Islam Sempena 10 Tahun Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Dewan Tertutup Nilai. Tajuk yang dikupas oleh ahli panel pada malam tersebut ialah Peranan Mahasiswa Dalam Menangani Masalah Sosial. Tajuk ini sangat menarik dan isu yang dikupas oleh ahli panel membuatkan penonton tidak bosan. Semoga forum tersebut dapat memberi kesedaran kepada para penonton. Antara peranan remaja untuk membendung masalah sosial ialah menumpukan kepada pelajaran, saling ingat-mengingati ke arah kebaikan, tegur kawan jika mereka buat salah, dan banyak lagi. Sama-samalah kita berusaha untuk menghindari diri daripada terjebak dengan masalah sosial sebelum ianya menjadi kebiasaan dalam hidup kita.

Thursday, September 23, 2010

Lawatan Penanda Aras Di SMT Dato' Undang Mohd Sharif (ERT Rembau)



Pada 22/9/2010, bertempat di Sekolah Menengah Teknik Dato' Undang Mohd Sharif (ERT Rembau), 6 orang pegawai termasuk Hj. Yacob Bin Mansor (PK HEM), En. Norhisham Bin Osman (Ketua Warden), En. Adnan Bin Aziz (Warden), En. Aziz (Ketua Penyelia Asrama), En. Rahmat Bin Japa (Penyelia Asrama) dan En. Tajol Bin Arifin (Juruteknik) telah mengadakan lawatan penanda aras. Lawatan ini akan menjadi penanda aras kepada tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan (3K) asrama sekolah ini. Semoga tahap 3K asrama sekolah kita akan meningkat dan bertambah ceria dengan pelbagai program yang telah di atur oleh pihak asrama SMVAS.

AKTIVITI WARDEN

  1. Badminton
  2. Jamuan Warden Dan Pengurusan Sekolah

Monday, September 20, 2010

PERTANDINGAN DORM (BULAN RAMADHAN & HARI RAYA)

Selamat Kembali

Selamat Hari Raya dan Selamat kembali kepada semua penghuni asrama SMVAS. Semalam, pelajar telah kembali ke asrama setelah bercuti selama 2 minggu sempena cuti penggal kedua dan Hari Raya Aidilfitri. Di harapkan para pelajar kembali fokus kepada pelajaran dan belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan SPM bagi pelajar tingkatan 5 dan peperiksaan akhir tahun untuk pelajar tingkatan 4.