Monday, May 3, 2010

12-3 = 9 BUDAK HITAM

Mulai 3 Mei 2010, tinggallah 9 orang warden sahaja yang bertugas menyelia para penghuni asrama. Ini berikutan pengunduran diri 3 orang pembantu warden yang baru dilantik iaitu En Zulkifli, En Azizan dan En Zaharuddin. Mereka membuat keputusan untuk tinggal di luar selepas 2 bulan menjalankan tugas sebagai pembantu warden.
Terima kasih kami ucapkan atas jasa-jasa mereka sepanjang berada di asrama dan semoga mereka berjaya dalam kerjaya mereka selepas ini. Harap-harap adalah pengganti yang berhati lebih waja yang bakal muncul kelak. Sememangnya tugas sebagai warden ini tidak menarik. Tiada apa-apa keistimewaan pun yang kami peroleh. Kalau boleh, saya pun nak hidup bebas juga. Harap-harap adalah hikmah yang tersembunyi yang bakal Allah kurniakan satu hari nanti atas semua usaha, penat jerih dan kepayahan yang kita sama-sama lalui.
Kepada rakan-rakan warden, terima kasih kerana masih berminat untuk bersama-sama dalam organisasi ini. Hanya Allah sahaja yang tahu dan Allah sahaja yang bakal memberi ganjaran kepada tuan-tuan.
Cukuplah dengan bilangan warden yang ada setakat ini. Selepas ini, tak perlulah beramai-ramai lagi. Kuantiti tidak menjamin sesuatu organisasi itu bakal berjaya atau tidak. Utamakan kualiti dalam profesion kita.

2 comments:

Anonymous said...

bukan senang nak jg anak2 yg ramai...hanya yang tabah akan berjaya...sy kagum dgn warden yang sedia ada kerana kuat dan bertanggungjawab memegang amanah dari ibubapa/penjaga utk mengawasi dan menjaga ank2 mereka..dgn team yang kuat dan keutuhan warden sperti satu keluarga sy pasti anda semua berjaya menjalankan tugas sebaiknya.....

Anonymous said...

betoi2..saya sokong.kepada 9 budak hitam yang tinggal tu syabas dan tahniah la kerana masih bertahan sebagai warden.smoga tuhan dapat balas jasa anda semua...