Tuesday, May 11, 2010

PAINTBALL DAN FUTSAL


11 Mei 2010 bertempat di SMK Bukit Kepayang - seramai 40 orang penghuni asrama telah menyertai Karnival Gaya Hidup Sihat Tanpa Dadah anjuran bersama AADK Negeri Sembilan, PEMADAM dan SMK Bukit Kepayang.Kita telah menyertai 2 acara iaitu futsal dan paintball. Keputusannya - balik dengan tangan kosong. Tak mengapa, yang pentingnya kesedaran yang para pelajar peroleh semasa kempen ini. Pelbagai agensi kerajaan seperti PDRM, AADK, Kementerian Kesihatan, Majlis Belia Negeri Sembilan, TM, Kem Pusako dan banyak lagi terlibat dalam program ini. Para pelajar ini berpeluang menyaksikan pelbagai pameran yang disediakan, menyaksikan demonstrasi PDRM dalam membanteras jenayah serta berpeluang bertemu dengan ikon AADK, Hattan. Siap bergambar lagi. Slogan Hattan cukup mudah dan patut menjadi ikutan semua - Saya pun boleh popular tanpa guna dadah pun. Diharap program seumpama ini akan dapat kita laksanakan di sekolah kita. Agak-agaknya semasa Hari Terbuka Asrama 2010 kelak. Insyaallah.

No comments: