Saturday, November 13, 2010

AJK Asrama SMVAS Pelajari Ilmu Pertahankan Diri

Hari ini 13.11.2010, satu program khas untuk AJK Asrama telah diadakan. Program tersebut dinamakan Program Waja Diri yang bertujuan untuk memberi ilmu mempertahankan diri kepada para AJK asrama dalam mempersiapkan diri dalam menjalankan tugas mereka di asrama. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua AJK.






















Pertandingan Sketsa

Pada 9.11.2010 telah diadakan Pertandingan Sketsa Antara Dorm Tingkatan 4. Sebanyak 12 penyertaan yang bertanding untuk merebut hadiah yang disediakan. Macam-macam ragam yang dipersembahkan oleh setiap dorm. Masing-masing mempunyai idea yang kretif dan persembahan yang menarik. Hadiah akan disampaikan pada Majlis Malam Anugerah dan Jamuan Asmara SMVAS 2010 nanti.

Friday, November 12, 2010

Pertandingan Badminton

Pada 10.11.2010 lepas, pihak pengurusan asrama telah mengadakan Pertandingan Badminton Tertutup Asrama 2010 bertempat di Dewan Bestari Budiman. Acara yang dipertandingkan ialah beregu lelaki dan perempuan. Aktiviti ini diwujudkan bagi memenuhi masa penghuni masa penghuni asrama tingkatan 4 yang terluang dengan aktiviti berfaedah dan menyihatkan serta mengeratkan lagi silaturrahim antara penghunin asrama dan warden. Hadiah kepada pemenang akan diberikan pada Majlis Anugerah Dan Jamuan Akhir Tahun Asrama SMVAS 2010 yang akan diadakan pada hari Ahad, 14.11.2010.















Friday, November 5, 2010

Happy Depavali

Selamat menyambut Depavali kepada guru-guru SMVAS yang beragama Hindu. Semoga hidup anda diterangi cahaya dan berbahagia bersama keluarga. selamat bercuti juga kepada semua penghuni asrama SMVAS sempena Depavali. Jaga keselamatan diri semasa pulang ke kampung dan balik ke asrama.


Tuesday, November 2, 2010

Pertandingan Sajak

Petang Khamis, 28.11.2010 yang lepas, satu Pertandingan Sajak Antara Dorm telah dilaksanakan di Asrama Sekolah Menengah Vokasional Ampangan. Setiap dorm telah menghantar wakil masing-masing untuk menyertai pertandingan ini. Setiap sajak yang dideklamasi oleh peserta bertemakan 1Malaysia. Menariknya masa pertandingan tersebut, macam-macam ragam dan gaya peserta yang dapat ditonton. Inilah antara peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.










Pertandingan Nasyid Antara Dorm Tingkatan 4

Pada 28.10.2010 telah diadakan Pertandingan Nasyid Peringkat Asrama Sekolah Menengah Vokasional Ampangan iaitu antara dorm tingkatan 4. Sebanyak 8 wakil lelaki dan 4 wakil perempuan berentap untuk menjadi juara nasyid dalam pertandingan tersebut. Pertandingan Nasyid Antara Dorm Tingkatan 4 adalah salah satu program yang dirancang khusus untuk penghuni asram tingkatan 4 untuk memenuhi masa mereka. Diharap program yang dijalankan dapat mengukuhkan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara penghuni asrama.

Cikgu Fairus sebagai pengacara pertandingan

Inilah juri-juri yang mengadili pertandingan nasyid peringkat asrama, manakala gambar-gambar seterusnya ialah peserta-peserta Pertandingan nasyid yang mewakili Dorm masing-masing.