Friday, January 28, 2011

Selamat Tahun Baru Cina


Kami warga Asrama Sekolah Menengah Vokasional Ampangan mengucapkan selamat bercuti dan Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada kepada guru-guru dan pelajar yang berbangsa cina terutama En. Teng, En. Siow, En. Ng, Pn. Tan, Pn. Liew dan Pn. Choo. Semoga Tahun Baru Cina tahun ini melimpahkan kebahagiaan dan keuntungan.

Friday, January 21, 2011

Pelancaran Program Mentor-Mentee Peringkat Asrama

Sekejap tadi telah berlangsungnya Pelancaran Program Mentor-Mentee Peringkat Asrama SMVAS. Program yang bertujuan mendekatkan pelajar dengan warden sebagai pemudah cara dalam pentadbiran asrama dan boleh dianggap sebagai bapa/ibu angkat kepada pelajar dibawah seliaan mereka. Program ini telah dirasmikan oleh GPK HEM, Tn. Hj. Yaacob bin Mansor.

Thursday, January 20, 2011

Siri Ceramah Bermula

Malam ini telah diadakan satu ceramah motivasi untuk pelajar asrama. Program dibawah tanggungjawab Cik Radiah yang menjemput penceramah luar iaitu Ustaz Muslal. Ceramah yang diberikan berkaitan dengan Motivasi Pelajar Cemerlang. Ianya menarik dengan persembahan powerpoint dan sedikit unsur humor yang menyebabkan pelajar cuba menahan mata masing-masing daripada terpejam. Turut hadir ialah GPK HEM, Tn. Hj. Yaacob, En. Fairus dan Cik Radiah. Di harapkan pelajar asrama mendapat pengajaran daripada program yang dianjurkan dan meningkatkan motivasi diri untuk cemerlang dalam mata pelajaran.

Wednesday, January 19, 2011

TAKWIM ASRAMA




UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS, SILA LIHAT DI BAHAGIAN BAWAH.

Tuesday, January 18, 2011

Perubahan Jadual Balik Kampung

Tahun ini berlaku perubahan mengenai jadual balik kampung bagi pelajar asrama. Jadual balik kampung pelajar asrama telah di susun oleh Pengetua dan telah berkuatkuasa. Oleh yang demikian, pelajar asrama dan ibubapa perlulah merujuk kepada takwim yang telah disusun oleh pihak sekolah seperti yang tercatat pada bahagian bawah sekali. Semua aktiviti asrama yang akan dilaksanakan pada tahun ini akan dipaparkan dalam takwim asrama seperti dibawah. Untuk sebarang info, sila rujuk kepada takwim asrama. Terima kasih..

Monday, January 10, 2011

Majlis Penutup Minggu Jalinan Ukhwah

Malam tadi berakhirlah Minggu Jalinan Ukhwah Pelajar Tingkatan 4 Asrama SMVAS apabila majlis penutup telah disempurnakan. Majlis yang dihadiri oleh GPK, GKMP, para warden serta semua pelajar asrama itu diserikan oleh persembahan pellajar tingkatan 5. Wakil pelajar tingkatan 4 memberi ucapan terima kasih kepada pihak asrama di atas program yang dirangka untuk mereka dan mengingatkan pelajar tingkatan 4 yang lain supaya memberi kerjasama dan menghormati pelajar-pelajar tingkatan 5.

Wednesday, January 5, 2011

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 sesi 2011

Hari bermula dunia baru bagi para pelajar tingkatan 4 yang terpilih untuk tinggal di asrama SMVAS. Pendaftaran asrama bermula pada pukul 10.00 pagi tadi. Selepas ini para pelajar akan mengikuti program Minggu Jalinan Ukhwah untuk memperkenalkan mereka dengan pentadbiran asrama, ahli exco asrama dan pelajar tingkatan 5. Dalam program ini juga para pelajar akan didedahkan dengan cara kehidupan asrama dan undang-undang yang berkuatkuasa di asrama. Semoga program ini memberi manfaat kepada para pelajar baru.

Monday, January 3, 2011

Pelajar Asrama Tingkatan 5 telah selamat mendaftar

Semalam pelajar asrama tingkatan 5 telah selamat mendaftarkan diri di Asrama Sekolah Menengah Vokasional Ampangan. Mereka adalah pelajar yang dipilih pada sesi pemilihan yang dilakukan sesi lepas atas pencapaian, sahsiah dan disiplin. Diharapkan pelajar yang terpilih untuk menghuni asrama SMVAS pada sesi ini menghargai peluang yang diberi dan berusaha untuk memperbaiki tahap disiplin, sahsiah dan pencapaian akademik khususnya. Wujudkanlah suasana yang aman dan tenteram serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain supaya tidak berlakunya apa-apa tragedi yang tidak diingini.

Pada hari Rabu nanti, pelajar tingkatan 4 pula akan mendaftarkan diri di asrama. Diharapkan pelajar tingkatan dapat memberi tunjuk ajar dan kerjasama kepada pelajar tingkatan yang akan mendaftar nanti. Anggaplah mereka sebagai adik-adik anda sendiri. Jangan pula cuba untuk mengambil kesempatan ke atas mereka kerana hukuman yang berat boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang membuli.