Betapa berharganya masa sehingga Allah S.W.T. bersumpah dalam kitab suci Al-Quran, "Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-'Asr:1-3)".
Masa tidak pernah menunggu kita walaupun sesaat dan kita tidak akan dapat kembali walaupun sesaat. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan setiap saat yang ada dengan betul dan sewajarnya supaya kita tidak tergolong dalam golongan manusia yang rugi. Masa haruslah diisi dengan amalan-amalan yang bermanfaat dan tidak melalaikan kerana setiap perbuatan samaada baik ataupun buruk akan dibalas pada hari akhirat nanti.
Bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan pula, hargailah masa yang ada dengan sebaik mungkin supaya usaha yang dilakukan pada hari ini membuahkan hasil yang lumayan pada masa depan. Sambil khusyuk mengulangkaji pelajaran, jangan lupa bertawakal kepada Allah S.W.T. dengan melakukan sunat hajat. Banyakkanlah berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan kita.