Tuesday, May 18, 2010
SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU SMVAS 2010
17 Mei 2010 - Satu majlis sambutan Hari Guru 2010 telah diadakan di Dewan Bestariu Budiman. Pihak pengurusan asrama turut terlibat dalam program ini telah menganjurkan pertandingan melukis kain rentang sempena Hari Guru 2010. Sebanyak 25 kain rentang telah berjaya dihasilkan oleh semua warga asrama dan kain-kain rentang ini telah dipamerkan semasa majlis berkenaan berlangsung.Nampak begitu meriah sekali majlis hari ini dengan warna-warni dari kain rentang yang dihasilkan pelajar.
Pemenang bagi Aspura ialah Dorm A7, tempat kedua A5 dan tempat ketiga B1. Manakala bagi Aspuri, johannya ialah Dorm D3.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA.
CIKGU SAYANG ANDA SEMUA
Tuesday, May 11, 2010
PAINTBALL DAN FUTSAL
11 Mei 2010 bertempat di SMK Bukit Kepayang - seramai 40 orang penghuni asrama telah menyertai Karnival Gaya Hidup Sihat Tanpa Dadah anjuran bersama AADK Negeri Sembilan, PEMADAM dan SMK Bukit Kepayang.Kita telah menyertai 2 acara iaitu futsal dan paintball. Keputusannya - balik dengan tangan kosong. Tak mengapa, yang pentingnya kesedaran yang para pelajar peroleh semasa kempen ini. Pelbagai agensi kerajaan seperti PDRM, AADK, Kementerian Kesihatan, Majlis Belia Negeri Sembilan, TM, Kem Pusako dan banyak lagi terlibat dalam program ini. Para pelajar ini berpeluang menyaksikan pelbagai pameran yang disediakan, menyaksikan demonstrasi PDRM dalam membanteras jenayah serta berpeluang bertemu dengan ikon AADK, Hattan. Siap bergambar lagi. Slogan Hattan cukup mudah dan patut menjadi ikutan semua - Saya pun boleh popular tanpa guna dadah pun. Diharap program seumpama ini akan dapat kita laksanakan di sekolah kita. Agak-agaknya semasa Hari Terbuka Asrama 2010 kelak. Insyaallah.
Monday, May 10, 2010
20 PELAJAR TAWAN GUNUNG ANGSI
Sekumpulan 20 orang penghuni asrama dibawah seliaan Pn Norazlina Mohd Said, telah menyertai Sirkit Mendaki Gunung Negeri Sembilan dibawah kelolaan Majlis Belia Negeri Sembilan pada 8 Mei 2010 yang lalu. Ini adalah sirkit yang kedua selepas kumpulan pelajar yang lalu telah berjaya menawan puncak Gunung Datuk. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan insyaallah, kita akan maju ke hadapan lagi dengan menawan gunung yang lebih tinggi lagi pada masa hadapan.
Gunung Stong. Tunggu kehadiran kami
Gunung Stong. Tunggu kehadiran kami
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH UTK PELAJAR TKN 4
Pada 9 Mei 2010(Ahad) dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, telah dilangsungkan satu kursus pengurusan jenazah di Surau Ibnu Sina. 3 penceramah jemputan telah dipanggil bagi menjayakan kursus yang diselia oleh En Mohd Fairus. Pesertanya dalah semua penghuni asrama Tkn 4 dan pelajar Tkn 5 Kemahiran. Para pelajar telah didedahkan dengan semua proses yang terlibat dalam hal kematian, antaranya adab-adabnya, memandikan jenazah, mengkafankan jenazah dan seterusnya menyembahyangkan jenazah. Sungguh terharu melihat kesungguhan para pelajar mengharungi kursus ini. Semoga banyak manfaat yang diperoleh oleh anda semua. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Sunday, May 9, 2010
SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H PERINGKAT ASRAMA
Seperti tahun-tahun yang lalu, penghuni asrama SMVAS tidak lupa untuk menyambut Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sebagi tanda mensyukuri nikmat yang telah beliau bawakan kepada seluruh umat Islam.Majlis sambutan tahun ini diselia oleh En Mohd Fairus Johari. Majlis sambutan bermula dengan perarakan semua penghuni mengikut dorm masing-masing di sekeliling kawasan sekolah dengan membawa sepanduk masing-masing sambil berselawat. Kemudian, majlis diteruskan pula dengan sesi persembahan di Dewan Bestari Budiman. Semoga acara seperti ini akan meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah para penghuni asrama di samping meningkatkan lagi kecintaan kepada Rasulallah SAW .
Friday, May 7, 2010
PENGISIAN ROHANI TIDAK DILUPAKAN
Selain pelbagai aktiviti untuk keseimbangan jasmani dan intelek penghuni asrama, pihak pengurusan asrama tidak lupa untuk membantu memperkembangkan potensi pelajar dari aspek rohani. Ceramah agama bulanan adalah satu agenda wajib bagi semua penghuni asrama. Setiap bulan, satu sesi ceramah agama akan diadakan dengan menjemput tenaga penceramah dari luar. Bagi sesi ceramah yang keempat bagi tahun 2010 ini, pihak kami telah menjemput Ustaz Osman Bin Aman untuk menyampaikan satu sesi ceramah berkisar tentang akhlak.Diharap sesi sebegini akan memberi kesan kepada hati sanubari pelajar. Terima kasih Ustaz. Dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjadikan usaha ini menjadi realiti
KAMI PUN BELAJAR JUGA
Dalam usaha untuk meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan di asrama SMVAS, pada 4Februari 2010 yang lalu,kumpulan warden dan semua Pengawas Asrama dan Ketua-ketua Bilik telah dibawa melawat ke Asrama SMK Lukut, Port Dickson. Sekolah ini adalah Naib Johan Pertandingan Anugerah Seri Asrama Terbilang(ASAT), peringkat kebangsaan bagi tahun 2009 yang lalu. Diharap dengan adanya lawatan sebegini akan menambahkan lagi ilmu kami semua di samping memberi gambaran tentang proses yang perlu dilalui untuk menjadikan asrama yang kita cintai ini antara yang terbilang di kalangan yang terbaik. Banyak manfaat dan input-input yang diperoleh sepanjang lawatan ini, dan hasilnya, terdapat perubahan yang ketara terhadap tahap kebersihan di asrama kami.
Bukan SMK Lukut sahaja yang menjadi tok guru kami. Sebelum ini, SMK Tunku Ampuan Najihah Seremban selalu menjadi sasaran kami untuk menimba ilmu dalam hal pengurusan asrama.
Wednesday, May 5, 2010
YDP PIBG MELAWAT ASRAMA
KETUA WARDEN, EN HASMOL, SIBUK MEMBERI PENERANGAN KEPADA YDP PIBG
SEMASA BELIAU MEMBUAT LAWATAN SINGKAT KE ASRAMA
Pihak pengurusan asrama amat mengalu-alukan kedatangan beliau, dan berharap kita akan dapat bersama-sama menggembleng tenaga bagi membantu meningkatkan lagi kualiti hidup penghuni asrama.
AWAS.......DEMAM DENGGI PULAK
Hari ini, Tn Hj Yacob Mansor(GPK HEM) memaklumkan yang 2 orang penghuni asrama disahkan dijangkiti demam denggi. Berikutan itu, satu sesi fogging oleh Kementerian Kesihatan akan diadakan di asrama hari ini. Semoga semua pelajar ini akan sembuh segera. Dan minta-minta dijauhkan para pelajar lain daripada dijangkiti demam yang sama.
Pada kesempatan ini, saya menyeru semua pihak bersama-sama menjaga kebersihan di asrama. Elakkan dari adanya bekas-bekas atau lokasi yang boleh mengundang kepada pembiakan nyamuk ini. Sama-samalah kita berusaha bersama-sama dan mohonlah kepada Allah agar kita semua diselamatkanNya.Amin.
Monday, May 3, 2010
PERTANDINGAN DORM 5 BINTANG APRIL 2010
29 April 2010 - Telah berlangsung penghakiman pertandingan dorm 5 Bintang bagi bulan April 2010. Hakim-hakimnya ialah En Jassen, En Hanafi, En Chong, En Yusmar, En Mohd Nor Azmi dan 3 guru perempuan. Bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi.
Keadaan dorm sangat bersih dan ceria, tidak seperti pada hari-hari biasa. Agak berpeluh para hakim memandangkan cuaca yang agak panas. Bagi meredakan ketegangan, dipasangkan lagu-lagu dari PA Systems Asrama bagi memudahkan guru-guru ini berfikir.
Bagi Aspura, pemenangnya ialah Dorm A3, kedua Dorm B9 dan ketiga Dorm A8. Manakala bagi Aspuri, pemenangnya buat kali keempat berturut-turut ialah Dorm D3, kedua Dorm D1 dan ketiga Dorm C5. Tahniah kepada semua dorm yang berjaya dan tahniah juga kepada semua warga asrama kerana rata-rata guru-guru yang hadir amat takjub dengan keadaan di asrama. Sangat bersih, kemas dan ceria.Itulah rumusan mereka. Sangat berbeza dengan keadaan yang pernah mereka lihat pada masa lalu.
Diharap usaha murni ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan dan akan menjadi budaya warga asrama SMVAS.
TAHNIAH...............TAHNIAH......................TAHNIAH
12-3 = 9 BUDAK HITAM
Mulai 3 Mei 2010, tinggallah 9 orang warden sahaja yang bertugas menyelia para penghuni asrama. Ini berikutan pengunduran diri 3 orang pembantu warden yang baru dilantik iaitu En Zulkifli, En Azizan dan En Zaharuddin. Mereka membuat keputusan untuk tinggal di luar selepas 2 bulan menjalankan tugas sebagai pembantu warden.
Terima kasih kami ucapkan atas jasa-jasa mereka sepanjang berada di asrama dan semoga mereka berjaya dalam kerjaya mereka selepas ini. Harap-harap adalah pengganti yang berhati lebih waja yang bakal muncul kelak. Sememangnya tugas sebagai warden ini tidak menarik. Tiada apa-apa keistimewaan pun yang kami peroleh. Kalau boleh, saya pun nak hidup bebas juga. Harap-harap adalah hikmah yang tersembunyi yang bakal Allah kurniakan satu hari nanti atas semua usaha, penat jerih dan kepayahan yang kita sama-sama lalui.
Kepada rakan-rakan warden, terima kasih kerana masih berminat untuk bersama-sama dalam organisasi ini. Hanya Allah sahaja yang tahu dan Allah sahaja yang bakal memberi ganjaran kepada tuan-tuan.
Cukuplah dengan bilangan warden yang ada setakat ini. Selepas ini, tak perlulah beramai-ramai lagi. Kuantiti tidak menjamin sesuatu organisasi itu bakal berjaya atau tidak. Utamakan kualiti dalam profesion kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)