Friday, December 31, 2010

Pendaftaran Pelajar Asrama sesi 2011

Pendaftaran masuk asrama bagi pelajar tingkatan 5 telah ditetapkan pada 02 Januari 2011. Semua pelajar SMVAS yang terpilih untuk menghuni asrama SMVAS diminta untuk mendaftarkan diri pada hari tersebut bermula pukul 2.00 petang hingga pukul 6.00 petang.

Bagi pelajar tingkatan 4 yang terpilih pula akan mendaftar asrama pada 05 Januari 2011. Pendaftaran asrama bermula selepas pendaftaran sekolah.

Sekian, harap maklum.


Drpd:
Ketua Warden Asrama

Thursday, December 30, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat tinggal tahun 2010 dan selamat datang tahun 2011. Semoga segala yang berlaku tahun 2010 menjadi kenangan manis untuk kita semua. Perkara yang baik pada 2010 dijadikan tauladan yang yang kurang baik pula dijadikan sempadan untuk tahun 2011 ini. Semoga kita semua diredhai dan dilindungi oleh Allah S.W.T. dari segala bala yang tidak dijangka.

Yuran Sekolah Dan Asrama


Monday, December 27, 2010

Episod baru

SPM baru sahaja selesai bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun 2010. Selepas ini bermula episod baru dalam hidup mereka samada dapat meneruskan pengajian, bekerja atau pun menolong mak ayah di rumah. Apa pun semuanya bergantung kepada keputusan peperiksaan yang akan keluar pertengahan tahun 2011. Dan selepas ini juga bermula episod baru dan buku baru untuk semua ahli Asrama Sekolah Menengah Vokasional Ampangan. Semoga apa yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk pula dijadikan sempadan untuk lembaran baru yang akan di coret nanti..

Monday, November 22, 2010

Doa Semasa Exam

Khas untuk pelajar form 5 yang akan ambil exam. Amalkanlah doa ini supaya dipermudahkan oleh Allah semasa menjawab exam nanti.

- Doa memulakan ulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًاMaksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

Saturday, November 20, 2010

Jamuan warden dan pengurusan sekolah


Pada 19.11.2010, satu sesi jamuan pihak warden bersama pengurusan sekolah telah diadakan di Restoren Parameswara, Melaka. Seramai 4 tonggak pengurusan sekolah iaitu Pengetua (En. Hasni B. Dolmat), PK Akademik Dan Pentadbiran (En. Ariffin B. Naim), PK HEM (Tn. Hj. Yacob B. Mansor) dan PK KO (En. Mohd Amin B. Mohd Suriani), 5 orang warden (Cikgu Norhisham, Cikgu Fairus, Cikgu Norazlina, Cikgu Radiah dan En. Rahmat) berserta 2 orang pembantu warden (Cikgu Kusnin dan Cikgu Zaharuddin) menghadiri sesi jamuan tersebut. Jamuan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim khususnya antara warden-warden dan pihak pengurusan sekolah amnya. Segala kerjasama antara semua pihak amat penting dalam membentuk dan mendidik para pelajar SMVAS kearah kecemerlangan dan berakhlak mulia.









Friday, November 19, 2010

Selamat bercuti..

Kami, Pihak Warden Asrama Sekolah Menengah Vokasional Ampangan ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar tingkatan 4 khususnya penghuni asrama SMVAS. Harapan kami supaya anda semua sentiasa menjaga keselamatan diri walau di mana jua anda berada. Semoga anda mengambil kesempatan ini untuk bergembira bersama keluarga tersayang.

Untuk pelajar tingkatan 5 pula, gunalah masa yang ada secara berkesan. Berusaha, berdoa dan bertawakkal kpd Allah supaya kejayaan yang akan digapai. Doa kami para warden sentiasa mengiringi anda. Jagalah kelakuan dan kesihatan semasa peperiksaan nanti. SELAMAT BERJAYA..

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya


Kami, warden-warden asrama mewakili pihak Pengurusan Asrama Sekolah Menengah Vokasional Ampangan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga Sekolah Menengah Vokasional Ampangan terutama penghuni asrama SMVAS. Selamat bercuti raya dan jagalah keselamatan diri semasa perayaan. Semoga raya tahun ini mendatangkan rahmat kepada kita semua.

Sunday, November 14, 2010

Jamuan Akhir Tahun Asrama 2010

Majlis Anugerah Pelajar dan Jamuan Akhir Tahun Asrama SMVAS 2010 telah diadakan pada 14 November 2010 iaitu hari ini. Antara tetamu yang hadir ialah Tuan Pengetua, GPK HEM, GK Bidang Kemahiran, Guru Kaunseling dan Staf Pejabat Sekolah. Majlis yang memberi pengiktirafan kepada penghuni asrama yang cemerlang,berkarisma dan bersahsiah baik dalam bidang akademik dan kokurikulum, kepimpinan, sahsiah terpuji dan kedatangan penuh. Majlis juga diserikan oleh persembahan daripada pelajar-pelajar asrama.


Saturday, November 13, 2010

AJK Asrama SMVAS Pelajari Ilmu Pertahankan Diri

Hari ini 13.11.2010, satu program khas untuk AJK Asrama telah diadakan. Program tersebut dinamakan Program Waja Diri yang bertujuan untuk memberi ilmu mempertahankan diri kepada para AJK asrama dalam mempersiapkan diri dalam menjalankan tugas mereka di asrama. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua AJK.






















Pertandingan Sketsa

Pada 9.11.2010 telah diadakan Pertandingan Sketsa Antara Dorm Tingkatan 4. Sebanyak 12 penyertaan yang bertanding untuk merebut hadiah yang disediakan. Macam-macam ragam yang dipersembahkan oleh setiap dorm. Masing-masing mempunyai idea yang kretif dan persembahan yang menarik. Hadiah akan disampaikan pada Majlis Malam Anugerah dan Jamuan Asmara SMVAS 2010 nanti.

Friday, November 12, 2010

Pertandingan Badminton

Pada 10.11.2010 lepas, pihak pengurusan asrama telah mengadakan Pertandingan Badminton Tertutup Asrama 2010 bertempat di Dewan Bestari Budiman. Acara yang dipertandingkan ialah beregu lelaki dan perempuan. Aktiviti ini diwujudkan bagi memenuhi masa penghuni masa penghuni asrama tingkatan 4 yang terluang dengan aktiviti berfaedah dan menyihatkan serta mengeratkan lagi silaturrahim antara penghunin asrama dan warden. Hadiah kepada pemenang akan diberikan pada Majlis Anugerah Dan Jamuan Akhir Tahun Asrama SMVAS 2010 yang akan diadakan pada hari Ahad, 14.11.2010.















Friday, November 5, 2010

Happy Depavali

Selamat menyambut Depavali kepada guru-guru SMVAS yang beragama Hindu. Semoga hidup anda diterangi cahaya dan berbahagia bersama keluarga. selamat bercuti juga kepada semua penghuni asrama SMVAS sempena Depavali. Jaga keselamatan diri semasa pulang ke kampung dan balik ke asrama.


Tuesday, November 2, 2010

Pertandingan Sajak

Petang Khamis, 28.11.2010 yang lepas, satu Pertandingan Sajak Antara Dorm telah dilaksanakan di Asrama Sekolah Menengah Vokasional Ampangan. Setiap dorm telah menghantar wakil masing-masing untuk menyertai pertandingan ini. Setiap sajak yang dideklamasi oleh peserta bertemakan 1Malaysia. Menariknya masa pertandingan tersebut, macam-macam ragam dan gaya peserta yang dapat ditonton. Inilah antara peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.